TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP HARI RAYA

Kesempatan balik berhari raya selama 3 hari ke kg halaman isteri di kg Teratak,Padas Damit saya gunakan untuk berhari raya ke muara Bintuka bersama ipar ku.Jeti Hj Kumit dengan kampung halaman isteri ku hanya 3 minit perjalanan menggunakan kenderaan.Seperti biasa bila ke Bintuka saya pasti melakukan aksi 3 in 1( Bottom,trolling & casting) .Aksi bottom kurang memberangsangkan begitu juga trolling.Acara casting pula disudahi dengan Mj rabut ketika menghampiri bot.Ini membuatkan tidur ku tidak lena.Apa tidaknya Mj yang mengena sangat kuat & besar sehinggakan drag Revo ku beberapakali ku ketatkan kerana tali sentiasa terkeluar apabila diasaknya untuk menyelinap ke akar bakau....namun belum rezeki....akhirnya aku tewas dikala ipar ku redy dengan sauk.Ini yang menghantui fikiran ku.....kalau siang 24 jam pasti 24 jam ku disana....dan esok 25hb Sept aku akan kesana lagi dan seterusnya 9hb & 23hb Oktober,6 hb&20hb Novd an pada bulan Dis saya akan ke sana pada 4 hb &18hb
Senangin ni memberi tentangan yang sengit....best dilayan dengan set ringan


Kerapu ni agaknya kelaparan.Apa tidaknya umpan yang dilemparkan terus disambarnya

Syam ipar ku.Pada kali pertama turun ke Bintuka nasibnya sangat baik...namun kali ni ia hanya mampu beraksi dengan ikan abang iparnya.Nda apa Syam...lain kali buli apil