Setelah Projek Custom Fishing Rod 1 ku berjaya,aku sekali lagi cuba untuk mengubah suai Rod ku,kali ni Rod Lemax Stand Up 30-60lbs ku yang ku beli pada tahun 2003 dengan harga RM150 pada masa tu dan telah banyak berjasa kepada ku menjadi mangsa dan ini sebenarnya adalah proses menimba ilmu sebanyak mungkin....alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar setelah 2 minggu diproses.Cuma untuk mendapatkan aksoseri rod amat terhad di Kota Kinabalu ni.Sebagai contoh untuk mendapatkan Ring FUJI guide sahaja saya terpaksa pergi ke beberapa kedai pancing untuk mendapatkan Ring tersebut...ini belum lagi FUJI SIC.Top guide saya gunakan FUJI SIC,memang mahal tetapi puas hati.Kepada yang berminat untuk membuat rod sendiri dinasihatkan supaya merancang lebih awal untuk membeli keperluan aksoseri rod supaya bila tiba waktu untuk memasang.....kerja akan lancar dan tidak tertangguh.Projek Custom Fishing Rod 3 ku sudah bermula...semoga ini akan menambah lagi ilmu dan Skil Custom Fishing Rod ku dan dalam perancangan aku akan membuat rod casting untuk kegunaan sendiri kerana aku sudah jumpa tempat untuk mendapatkan Set Fuji Ring yang lengkap.....
Ini Proses memasang aksoseri tempat mengikat Ring...memang remeh membuat Rod ni....baik membali saja