TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

PESTA GERUNGGUNG TADAU KAAMATAN PART 1

Trip sempena cuti Pesta Menuai ke lawa-lawa ini merupakan trip gantian ke Bintuka yang tidak jadi pada 30 Mei yang lalu. Jadi untuk memenuhi jadual memancing, Trip lawa-lawa adalah pilihan terbaik. Macam biasa lawa-lawa tidak juga akan menjanjikan kejayaan jika kita tidak berusaha mengesan kesusukan ikan. Malah faktor pasang surut juga banyak mempengaruhi ikan untuk menyambar umpan. Dalam trip kali ni, kami berpindah sebanyak 5 kali didalam lawa-lawa sebelum terjumpa kumpulan Gerunggung didalam lawa-lawa tersebut sekitar jam 10 pagi. Disini lah tahap kerakusan Gerunggung terselah(jika di semenanjung Gerunggung sekitar 300g-500g dikenali sebagai CENCARU KUDA) dan ini membuatkan aku, Tangah Patera dan adiknya ( Jali ) sibuk melayan gerunggung yang pantang melihat umpan bilis. Paling best, bila umpan sampai didasar terus diterkam oleh gerunggung, aku paling sukses, apa tidaknya ilmu Pisang sentiasa menjadi....Semoga rakan-rakan enjoy dengan Paparan K.O.B ini....TQ
Hasil awal pagi, Kirung-Kirung kadal merupakan ikan bermusim...Ikan buntal tu jangan tanya....faham-faham sajalah...

Jali sibuk melepaskan mata kail dari mulut ikan Yu Gami.....


Anak muda yang menjadikan laut menjadi sumber rezekinya, oleh kerana di Lawa-lawanya tiada ikan, dia singgah dilawa-lawa Tangah Patera dan Tangah Patera mempelawanya untuk sama-sama melayan Gerunggung "sekurang-kurangnya ada juga hasil jualan untuknya membeli minyak untuk meneruskan usahanya pada esok hari"....Inilah kata-kata Tangah Patera...saya Tabik....


Aku macam biasa, jika melayan Gerunggung mesti mengunakan set Khas untuk ke Lawa-lawa...Multi Plier kecil jadi pilahan dengan kekuatan Tali utama & Joran 20-30 lbs jadi pilihan




Hasil Jali


Hasil K.O.B




Hasil Tangan Patera


Hasil Tangah Patera & Jali yang sudah siap diikat untuk dipasarkan




Peace....dati K.O.B Tangah Patera sedang menghubungi Iparnya untuk mengambil ikan, untuk dijadikan jualan ikan Bakar di Pantai Kenangan Bongawan.




Bekalan untuk Pengunjung Warung ikan Bakar Pantai Kenangan...Jali sering membantu abangnya jika ada cuti.....