TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

PESTA GERUNGGUNG TADAU KAAMATAN PART 2

Sehari selepas aku berpesta Gerunggung, sekali lagi aku turun ke Lawa-lawa untuk mengapil, berikutan hasil yang lumayan sebelum ini. Kali ini aku ditemani oleh Sahur, Din 707 dan Pok Che( rakan Sahur dari Selangor ). Namun sesi kali ni kurang memberangsangkan kerana arus mati yang menyebabkan ikan gerunggung kurang galak memakan umpan. Pok Che lebih berminat bermain jigging, dimana beliau beberapa kali mendapat sambaran dari anak Tenggiri namun rabut dan sekali sambaran dari ikan Lengkunis ( anak Yellofin Tuna ) yang banyak mengejar anak-anak ikan di tepi lawa-lawa........ Hasil kali ni boleh lah tahan walau pun tidak setanding hasil sebelumnya.....semoga enjoy dengan paparan yang tidak seberapa ini..TQ


Sahur tekun memasang umpan bilis untuk disajikan kepada gerunggung


Pok Che sanggup datang ke Sabah semata-mata mahu menerjah Bintuka dan sanggup membatalkan tiket balik ke KL semata-mata mahu join ke Lawa-lawa dan esoknya beliau terus ke Bintulu untuk Jigging dengan rakan lain disana...


Hasil hari pertama memang lumayan....
Hasil hari kedua boleh tahan saja


Malang tidak berbau...lantai yang dipijak patah membuatkan aku terjatuh pada hari pertama dan pada hari kedua si Sahur juga jatuh di Jeti yang sama kerana papan yang dipijak patah. Selepas 2 kemalangan tersebut...lantai jety terus dibaiki oleh Tangah Patera