TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

DRAG WASHERS FOR SALE

Drag Washer K.O.B merupakan satu hasil kerja tangan saya yang diilhamkan setelah drag asal BC yang saya gunakan tidak mampu menahan asakan Monster. Terbaru, BC Daiwa Megaforce saya dibuli teruk oleh Tomman Monster. Berdasarkan pengalaman tersebut saya mengatur satu trip untuk menduga kembali lubuk Tomman tersebut bagi untuk mencuba drag washer yang saya buat sendiri dengan menggunakan bahan tahan lasak, hasilnya memang menakjubkan. Tomman bersais 3-6 kg hanya mampu menarik sedikit sahaja tali utama BC saya. Memang hebat drag Washer K.O.B ini dan jika drag diketatkan ketahap tertinggi.....Resiko joran patah dan tali utama meletup akan anda alami. Jika berminat mahu mencuba drag washer K.O.B ini, kaki caster boleh berhubung dengan saya @ K.O.B di Blog atau 012-8317476 dan drag Washer ini hanya sesuai untuk BC yang mempunyai Single Drag Washer seperti Abu Blue Max, Daiwa MegaForce, Team SeaHawk dan lain-lain ( RM 15 untuk satu Drag Washer ) dan untuk rakan-rakan disekitar Kota Kinabalu perkhidmatan memasang terus juga boleh saya lakukan



Drag Washer Mega Force lebih besar dari Drag Washer Abu Max
Drag asal Abu digunakan untuk panduan saiz drag


Inilah saiz drag washer BC Abu yang baru, lebih lebar dan kuat cengkamannya berbanding dengan drag washer yang asal


Drag Washer setelah dibentuk dalam pelbagai saiz

Bagi yang mahu membentuk saiz drag washer sendiri, saya juga menyediakan kepingan Drag yang anda boleh potong sendiri mengikut sais drag asal BC anda dengan menggunakan pisau atau gunting dan hanya lubang dibahagian tengah sahaja akan saya lubangi untuk memudahkan anda