TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP TAKAT 360 PART II: Bermulanya Pesta Tenggiri

Jam 6.15 petang, setiba di Takat 360, Kapten kapal terus berlabuh di takat tenggiri, dimana sebelum ini pemancing banyak menaikkan tenggiri. Dalam takat ini hanya sekitar 45-60 meter. Hasil paling awal dinaikkan ialah ikan pisang-pisang, sekitar jam 9 malam aku sudah berhenti mengail kerana kena KICK gelombang Asmara. Namun pancing tenggiri ku tetap ku labuhkan kerana aku tidur di kerusi panjang dibelakang kapal berhampiran tempat ku duduk. Orang paling awal menaikkan tenggiri ialah tekong kapal sekitar jam 9 malam. Ini diikuti oleh si Bung denggan menggunakan Spinner, lepas tu giliran si Ampulur pula, baru tuan Kapitan dan diikuti oleh si Azam. Namun pesta tenggiri pada malam ni tidak berpanjangan, sekitar jam 12 tengah malam, tenggiri sudah menghilangkan diri. Ikan-ikan didasar langsung tidak galak memakan umpan pada malam pertama ini, hanya remy dan Murno sahaja yang berjaya menaikkan ikan dari dasar......


Remy dengan ikan kaci @ Lepih/Lepik pertamanya


Bung dengan Tenggiri 6 kg dengan menggunakan Spinner




Murno bertuah dapat ikan mahal....CUPIAmpulur dengan tenggiri 6 kg




K.O.B, walau pun kena KICK ...naik juga tenggiri...nasib baik seekor lepas....


Tenggiri jahat...habis disapunya line pancing kawan-kawan....namun ini adat biasa & kerja sama diantara rakan-rakan pada kali ni sangat tinggi dimana setiap kali ada pancing yang terkena tenggiri , rakan2 yang berhampiran akan pantas menaikkan pancing masing2 untuk mengelakkan perkara tenggiri jahat ini berlaku


Azam orang terakhir menaikkan tenggiri pada malam pertama


Remy dengan Kaci keduanya....Aksinya membuatkan aku melompat dari lena dan terus menolong menaikkan kaci ni......
Senang hatinya, malam pertama sudah dapat 3 ekor kaci walaupun ikan dasar tidak galak memakan umpan....dan inilah ikan terakhir yang memakan umpan pada tengah malam pertama