TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP TAKAT 360 PART III: Bermulanya Pesta Tenggiri

Disebelah pagi, keadaan ombak sudah mula reda, dimana sepanjang malam kami dibuai oleh angin dan ombak yang selari dan menyebabkan kapal Sea Star II yang besar berlenggang gelek macam Inul. Keadaan ini membuatkan tong ikan ku bergerak ke kiri dan kanan saling berganti. Aku apa lagi....kena KICK ....baik tidur. Alhamdulillah disebelah pagi keadaan ku stabil semula....nasib baik tidak berpanjangan....nyasal ku nda makan ubat yg ditawarkan oleh si Sahur,lain kali makan ubat....heheheheh. Sebaik sahaja matahari muncul, Kapten membawa kami ke Takat 200 Meter, dimana ia mengambil masa 2 jam perjalanan. Takat 200 M ni kaya dengan Ruby namun setelah melabuhkan umpan, hanya anak ruby sebesar 2 jari dan ikan-ikan kecil sahaja yang berjaya kami naikkan. Walaupun berkali-kali pindah takat di takat 200 m ini keadaan tetap sama, ikan-ikan besar tidak mahu menjamah umpan...Disebelah malam pula kami berlabuh ditakat 40m...dan kesudahannya...aku, bung,sahur, Ampulur,Ajis...langsung tidak tidur kerana sibuk menJIG tenggiri...dipendikkan cerita malam ni tenggiri makan gila....cuma banyak yang tidak dapat dinaikkan kerana putus, malah ada yang sudah digantung jatuh semula ke air dan macam-macam ....hanya 20 ekor tenggiri sahaja berjaya kami naikkan malam terakhir ni




Ikan tetanda & kerapu bara dinaikkan dengan menggunakan teknik ilmu pisang




Pada kedalaman 40m, kerapu biasanya akan bermaharajalela, namu kali ni kureng....

Rodney dan Ust Sudin

Time ni baik Tidur....on the way ke lubuk




Makan kau Jis.....pengalaman kedua makan dikapal


Ampulur dan Remy......aku kembang liur bila si Ampulr cakap" aku kenal ikan yang kena masak ni ".....terus aku nda jd makan.....baik makan maggi

Bila malam melabuhkan tirai.....Azam " The Lucky Man " orang paling awal menaikkan tenggiri sekitar jam 7 pm


Inilah dia si Belalang ( anak kapal )dengan Tenggirinya


Mr Sahur paling happy, apa tidaknya beliau sukses kasi makan tenggiri dengan Jig...malah waktu kasi tunjuk ajar ku sifu sama si Rodney, masa tu lah tenggiri hentam Jig nya....strike.......Lucky......


Bung paling awal menaikkan tenggiri dengan menggunakan SPINNER Jig

Remy tetap gumbira......selepas kaci, tenggiri pula jd habuannya....malah beberapa kali kailnya putus & ada yang terlepas bila mahu dicangkuk


Aku paling banyak kena hentam tenggiri......namun banyak juga yang rabut....nantikan laporan terakhir pada minggu hadapan...terima kasih atas kunjungan anda ke Blog T.O.B...by me K.O.B