TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

MEMBURU PERMATA BIRU SG KOTA KLIAS III

Kesibukan masa selama 2 minggu dan ditambah dengan saat kritikal apabila ayahnda dikerjarkan dihospital Papar dan terpaksa ditahan di Hospital Papar selama seminggu membuatkan aku tidak berkesampaian untuk mengaplot Blog Team Ombak Biru. Kesempatan yang ada hari ni aku gunakan untuk mengaplot aktiviti T.O.B yang terbaru. Ini merupakan aktiviti memancing udang pada 16.7.2011 yang lalu, iaitu 11 jam selepas menjejakkan kaki di rumah setelah selama seminggu berada di Kuala Lumpur. Pelawaan rakan baik saya iaitu Mr Mituddin, terus saya sahut dengan gembira.Maklumlah sudah beberapa bulan tidak menarik udang galah sg kota klias, Beaufort. Namun oleh kerana keadaan pasang surut yang tidak cantek dimana kadar pasangnya terlalu deras mungkin menjadi penyebab udang galah kurang galak memakan umpan.Jam 2 pm aku meminta izin untuk kembali ke Jety dan Mr Mituddin terus menghantar ku ke Jety untuk balik ke KK dan beliau bersama iparnya meneruskan misi mereka memburu permata biru sg kota klias. Untuk Mr mituddin, terima kasih atas pemberian udang tempah hari, semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga akhir hayat......semoga enjoy dengan paparan K.O.B ini...terima kasih kerana melawat Blog T.O.B


Permata biru pertama yang berjaya saya naikkan
Setelah lubuk-lubuk utama tiada sambutan kami menyusuri laluan singkat yang sempit untuk lubuk laba

Laluan memang sempit,hanya yang mahir dan mengetahui laluan ini sahaja yang akan tahu dimana kedudukan laluan singkat ini


Menyusuri bawah kayu kena berhati-hati, takut ada Tali Pinggang sedang menunggu mangsa....heheheheh


Udang bertelur antara mangsa yang paling banyak dinaikkan oleh Mitudin dan Iparnya


Ikan Leliwa @ Baung Akar merupakan ikan pengacau yang paling banyak membuat rondaan


Disangkakan sepit udang Monster.....rupanya-rupanya rumag udang yang naik....


Nah....main jauh-jauh....

Permata biru kedua setelah setengah hari menunggu

Walau macam mana pun keadaan air, Mr Mituddin tetap juara, walau pun kurang menaikkan sepit biru, namun udang sais sebegini banyak menjadi habuan beliau


Kalau sais sebegini bolehlah dibuatkan lauk...tapi aku tidak pandai makan ikan leliwa ni....walaupun harganya mencecah rm 30 sekilo & aku bercadang untuk memburu ikan ini di Sg Bongawan yang mempunyai stok Leliwa yang banyak dan besar-besar untuk dipaparkan didalam blog T.O.B