TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CASTING DI UTARA BORNEO

Ini merupakan trip perintis kepada saya untuk menerokai sungai-sungai di utara BORNEO. Nampak gaya selepas ni terpaksalah berpindah arah untuk sementara waktu, memandangkan SG BINTUKA semakin suram. Berdasarkan cerita penduduk tempatan sungai-sungai di utara BORNEO banyak menyimpan stok MJ, Barra & BB yang masih belum mengenali gewang. Kebanyakkan penduduk tempatan lebih suka menggunakan umpan berbanding Gewang. Ini terbukti apabila saya mengeluarkan set Casting & Gewang mereka mengerumuni untuk melihat peralatan saya. Malah mereka hairan kami memburu MJ & Barra tanpa umpan hidup. Mereka seolah-olah tidak percaya bahawa Gewang boleh memikat MJ atau Barra. Apa-apa pun trip pertama ini kurang sukses kerana sewaktu kami sampai air sedang bergerak surut. Hanya saya sahaja yang merasa rentapan ganas Barra apabila gewang saya yang sudah timbul menghampiri Bot di sambar rakus, jelas oleh seekor Barra yang membuatkan jantung saya berdegup kencang, malangnya apabila disentap gewang terus melambung naik ke udara. Edisi malang berterusan apabila MJ yang sudah pasti menjadi Tropy ku hari tu jatuh semula ke air apabila dia angkat tanpa sauk kerana sauk tertinggal didalam kereta.....semoga enjoy dengan paparan K.O.B ini




Fikir di Bintuka saja ada laluan sempit.....disini pun ada juga....laluan yang menghubungkan sg X dengan sg Y
Anak murid yang semakin ketagihan.....sering kali mengajak Casting di Mengkabong, tapi di tolak kerana potensi di sg Mengkabong sangat tipis

Rasanya apakah nama benda ni......




Bila air bergerak laju, semakin banyak benda ni berenang ke hilir mengikut arus.....




Selepas MJ Bagak terlepas, MJ Junior nilah jadi pengubat duka



Jauh-jauh ku datang sumpit-sumpit ni pula yang sudi menyembar gewang ku......sekadar untuk gambar kenangan....lepaskan semula untuk jadi pempersih di Sg ni....hanya orang tahu saja tidak akan makan ikan ni.....hehehehehe



Nda apa Ali, usaha tangga kejayaan....trip akan datang kita atur baik-baik supaya Sukses....