TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP LAWA-LAWA 1 / 2011

Ini merupakan trip ke lawa-lawa pertama T.O.B dan merupakan trip yang paling meriah sejak sekian lama aku ke lawa-lawa ( unjam ). Bukan pasal meriah menarik gerunggung, tetapi meriah dari segi jumlah pemancingnya. Apa tidaknya, trip yang aku atur dangan Tangah Patera bertembung dengan Trip yang diatur oleh menantu Tangah Patera. Pada asalnya tangah Patera sudah membatalkan tempahan guru-guru dari Sm Teknik Likas, namun menantunya tidak memaklumkan dengan guru-guru tersebut dan kesudahannya.....meriah lah kami di atas Bot. Aku macam biasa, bila turun ke lawa-lawa akulah yang jadi tukang ambil umpan di atas Bagang. Namun hari tu, umpan bilis tidak ada, hanya anak-anak ikan lumahan ( kembung ) sahaja yang ada, apa boleh buat.....terpaksalah anak-anak ikan lumahan ini di hiris kecil-kecil untuk dijadikan umpan.


Dalam perjalanan ke lawa-lawa, aku terus menyiapkan peralatan memancing ku yang ala semi Big Game, dan cikgu-cikgu yang duduk dihadapan ku hanya memerhatikan tanpa sepatah perkataan....dalam hati ku....ini mesti Pro punya orang ni......bila tiba di lawa-lawa baru lah cikgu-cikgu ni mengeluarkan senjata tempur mereka.....alangkah terkejutnya aku......melihat senjata yang digunakan bukan alang-alang.....Set Big Game dengan matakail no 0/3 dengan perambut 80 lbs...ini biar betul.....memancing gerunggung dengan matakail dan perambut yang luar biasanya.....Rupa-rupanya cikgu-cikgu ni hanya pernah sekali ke Deep sea dan tidak tahu teknik memancing di Lawa-lawa.....


Din apa kau buat tu

Aku yang kesiahan melihat salah seorang cikgu yang tidak tahu apa-apa dengan murah hatinya membatalkan niat ku untuk melabuhkan umpan dan terus menjadi pemandu pelancong untuk cikgu tersebut. Lantas aku mengeluarkan apollo no 12 dan menyediakan umpan untuk cikgu tersebut...barulah dia merasa tarikan ikan gerunggung sebanyak 5 ekor sekali naik....



Kenapa ni Dinn.....sedap tidurnya si kawan ni bila dibuai alun....


Semasa menaikkan 5 ekor gerunggung tersebut, saya mendengar nada nafas cikgu tersebut yang semput, bila ditanya dia kata OK.......dan bila apollo berserabut dengan pancing rakan-rakannya yang lain akulah tukang buka kulut tersebut.....dan akhirnya aku hanya mendapat 12 ekor gerunggung sahaja. Jam 10.50 pagi sekali lagi cikgu tersebut mengerang seolah-olah menahan kesakitan, apabila ditanya ok atau tidak dia kata ok....aku yang risau melihat kelakuan cikgu tersebut sekali lagi bertanya....jika dia ok kita teruskan memancing, tapi jika dia tidak ok kita balik.....bila dia dengar perkataan balik tu...terus dia kata kita balik lah , rupanya-rupanya dia kata mahu pitam sudah dan penyakit ampusnya macam mahu datang....dan semasa di Jety dia dia minta maaf dan berterima kasih kerana memahami keadaannya.



Yang ini pula.....lepas makan Sup di Restoran Taufik, apa lagi sambung tidur dalam kereta semasa perjalanan balik ke KK
Ampulur apa kau tengok tu....berguru ke

Dikala gerunggung menyepi, diatas bot tetap meriah





Ampulur, baru pertama kali turut ke lawa-lawa, kini hatinya sudah terpaut dan tidak sanggup ku tinggalkan jika ada trip ke lawa-lawa. Apa tidaknya dialah yang paling banyak menarik gerunggung


Dalam perjalanan balik terserempak dengan perahu JURUR, perahu nelayan yang menangkap ikan dengan menggunakan pukat JURUT. Biasanya ikan yang menjadi mangsa adalah ikan Tongkol dan ikan Bawal hitam


Meriahnya anak-anak kampung ni main terjun-terjun berhampiran Jety Tangah Patera