TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Team Ombak Biru :Casting Di Sg Mandahan ( 19.12.2010 )

Trip casting di sg Mandahan ni diatur oleh Saudara Osman dari Team Lempayun.Ini adalah trip pertama ku casting dengan Beliau untuk 2010.Turut serta kali ini ialah Cikgu Faisal dari Membakut yang merupakan seorang kaki pancing lama.Aku terpaksa datang lambat kerana Mama ku meminta hantar ke Tamu Papar.Jam 7 pagi baru ku sampai di muara Mandahan & setiba ku,ku lihat mereka berdua sedang menolak bot ke gigi air.Setelah selesai menolak bot,tiba giliran ku pula mengangkat enjin...nasib baik 8hp saja kalau 15hp kepisan jua.....Kami memulakan sesi casting dengan membuat tundaan ke muara sg mandahan.Setelah 2 pusingan lure keramat si Osman terus disambar Badukang.Kami membuat satu pusingan lagi dan kali ni lure keramatnya disambar kerapu pula.Aku dan cikgu Faisal hanya mampu berserah...hehehehe
Syukur....akhirnya berjaya jua ku menaikkan Emas Putih ni walaupun beratnya hanya 1 kg lebih
Setelah tiada sambaran di muara,kami memulakan sesi casting di Bangkar yang menjadi port panas sebelum ini namun tiada sambaran.Lantas kami berpindah ke bawah jambatan keretapi,namun keputusan tetap sama.Sesi diteruskan dengan kaedah tundaan ke arah jambatan utama,namun keputusan tetap sama,tiada sambaran.
Lantas kami mengambil keputusan untuk casting semula ke Bangkar,namun tiada jua sambaran.Lalu kami mencuba sekali lagi kaedah tundaan ke muara.Setelah beberapa pusingan si osman terpaksa memberhentikan bot kerana gewangnya berkelahi dengan gewang cikgu Faisal.Ketika mereka sedang meleraikan pergaduhan gewang mereka,lure ku disambar terus oleh selungsung ketika aku sedang mengulung line untuk menaikkan lure.

Baduk 1

Manakala Lure cikgu Faisal menjadi kegilaan Sang Badukang,apa tidaknya 2 kali beliau berjaya menaikkan Sang Baduk dengan gewang yang sama

Baduk 2