TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Team OmbakBiru : Casting Di Sg Beringgis,Papar(18.12.2010 )Bapa Unggah Gugur Kedalam Sungai

Trip Casting di Sg Beringgis,Papar ini diatur oleh adik ku Dahali.Kami fikir bot sewa Hj Yusuf ni sudah siap sedia untuk digunakan ,rupa-rupanya kami menjadi mangsa.........Kami sampai seawal jam 6 pagi,Bot & enjin yang akan kami gunakan masih lagi tersadai didarat tanpa kipas & Hj Yusuf seawal pagi sudah pergi ke rumah anak buahnya untuk mengambil kipas enjin bot tersebut.Jam 7.30 pagi baru Hj Yusuf muncul & terus memasang kipas tersebut & kami terus menolak bot ke sungai.Macam mahu patah pinggang ku rasanya menolak Bot besar berinjin sangkut 30 hp ni.Selesai satu masalah.....Timbul pula masalah baru,enjin sangkutnya tidak mahu hidup....terpaksa pembantu Haji datang membantu & akhirnya enjin berjaya dihidupkan.Lantas pembantunya membuat pacutan untuk mencuba kestabilan enjin tersebut ,nampak gaya enjin tidak stady,beberapa kali mati dan sukar untuk dihidupkan dan akhirnya mereka tiba semula ke jety dalam keadaan enjin yang seakan-akan tiada bermasalah & masih hidup.Apalagi hati yang sudah tidak kesabaran,memasukkan semua senjata & kelengkapan untuk terus beraksi.Memang SOI....bila enjin tiba-tiba mati.....aku cuba menghidupkan,namun aku terpaksa mengalah,pembantu Haji juga tidak mampu untuk menghidupkan enjin tersebut & akhirnya Hj Yusuf terpaksa memanggil saudaranya untuk meminta bantuan dan akhirnya jam 9.30 pagi barulah segala masalah dapat diselesaikan
Pembantu Hj Yusuf sedang berusaha menyelesaikan masalah enjin ini
Bila sudah tidak larat,Saudara Hj ini datang untuk membantu & syukur beliau sangat berpengalaman dalam soal enjin sangkut.Apa yang menjadi masalah adalah Caborator enjin ini telah di buka oleh seseorang & bila dipasang semula ada komponan dalam caborator yang terbalik dipasang yang menyebabkan minyak petrol bertakung didalam caborator & setelah di Servis,enjin ini terus hidup bila distat.
Wan Gendut tidak membuang masa Cast,cast,cast.........
Dahali bergaya dengan Unggah...........Bikin Panas
Lubuk pertama yang kami lawati,Sauh kesayangan ku terpaksa ditingalkan kerana menyangkut di celah-celah batu
Ada sebiji bot KATAMARAN belabuh di Beringgis ni
Bot mewah pun ada..
Hasil pertama cast dari bot yang kemudiannya dilepaskan
Hahahahaha....bapa unggah jatuh dari bot.Gara-gara mahu menyelamatkan gewang yang tersangkut diatas ranting bakau,dahali jatuh kedalam sungai.Geli hati ku melihatnya berpaut di dahan bakau yang patah sambil menyelamatkan kailnya & marah bila kan ku gambar.Habis hp,sigup rosak dan cerminmatanya hilang.Bila ku sukat dengan rod 6 kaki rupa-rupanya dalam pula sungai tu,nasib baik ndada si kawan tu mun inda memang laju ia naik ke Bakau...hahahahahah.
Lepas terjatuh inilah rezeki nya....
Bangkar yang kosong
Sewaktu trolling ada sekawan pelajar-pelajar dari OutBourn School sedang berkayak terpaksa lah kami berhenti dan misi kami tamat jam 3 petang.Boring casting disungai ni baik di Bintuka biar 2 hari nda bosan