TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

KURAU penutup Trip Ke Bintuka 2010(5.12.2010 )

Kesibukan kerja membuatkan aku tenson gila,bermula kursus 2 hari,meting sehari di Pejabat ,lepas tu terbang ke Kl untuk meting disana 3 hari.Tenson ku bertambah tambah gila apabila Sulaiman & C Ampulur menghantar gambar-gambar ikan yang berjaya mereka naikkan dikala aku & Snek berada di Kl.Paling tenson lagi apabila c Ampulur, c Sudin,m Mimit & c Pajil berjaya menyerbu lubuk c Otok dengan perkhabaran paling panas dengan Gt 2.5 & 2.8 kg.Ini membutkan kepala otak ku jam terus.Ini membuatkan aku tidak sabar mahu beraksi,alhamdulillah tangal 5.12.2010 trip terakhir ku mungkin....untuk 2010 ke Bintuka terlaksana dengan jayanya bersama rakan setia Snek & Sulaiman.Pada asalnya kami mahu menggunakan bot no 9,namun terpaksa ditukar dengan bot no 2 kerana bot no 9 ada masalah.
Trip kali ni kami mulakan dengan acara mencari selingsung di Lubuk Yu,namun bayangan selungsung pun tiada,hanya Cik Putih sahaja yang sudi menjamah umpan ku.Lantas kami terus berpindah ke lubuk kerapu batang,hanya anak-anak tetanda sahaja yg sudi menjamah umpan kami.Apabila tiada senytuhan kasar,kami berpindah ke lubuk tempat c Ampulur melabur,namun tiada juga hasil.Lantas kami memulakan aksi trolling ketika keluar dari sungai tersebut dan hasilnya seekor barracuda sudi menjamah Lure Harimau Belang c Snek.
Snek memberanikan diri turun dari bot semata-mata demi Harimau Belang berharga Rm 34 ringgit.Nasib baik kaki mu masih ada Snek.....
Oleh kerana kepala sakit,aku mengajak Snek & Sulaiman untuk berteduh seketika di Tepi Bakau yang redup sambil melelapkan mata di Mata Belanak.Namun pandangan mata ku tertarik dengan lure merah yang sedang hanyut dibelakang bot.Aku memberitahu Snek...yahoooo rezeki....Hot Tiger....lantas Snek menoleh-noleh mencari gewang Harimau Belangnya...rupanya-rupanya Hot Tiger snek yang digantungnya ditepi bot jatuh ketika dia menurunkan sangkar umpan& Apabila kami mahu mengambil gewang tersebut,gewang tersebut sudah jauh memasuki kawasan nipah dibawa arus & terpaksalah Snek turun untuk mengambil gewang tersebut

Hahahahah.....Dapat juga kau akhirnya Harimau Belang.
Selepas dari mata belanak,kami berlabuh di Lubuk Maidin,disini ikannya memilih tuan,hanya sulaiman sahaja yang mendapat sambaran kasar yang mengakibatkan perambut 50lbsnya putus.Selepas itu hanya dia juga yang mendapat ikan dilubuk ni,aku dan snek hanya jadi penonton.....bikin panas.


Sekadar untuk kenangan
Selepas makan,kami terus ke lubuk Balingkatak sekitar jam 2 petang.Disini lah aksi cemerlang sulaiman dan aksi gemilang snek dirakamkan.Kurau 4.1 kg menjadi habuan Sulaiman dan Kurau 5.5 kg menjadi rekod peribadi Snek di Bintuka dan aku hanya mampu jadi penyauk kurau dan camera man untuk Sulaiman & Snek.....inilah yang dinamakan rezeki masing-masing,walau pun umpan sama namun rezeki..........

Kurau ni akan menjadi kenangan terindah Sulaiman untuk 2010 selama Trip ke Bintuka.Lebih indah lagi aksi cemerlangnya dapat dirakam oleh Snek

Sekadar untuk Kenangan

Kurau 5.5 kg ini juga akan menjadi memori terindah Snek selama mengikuti aku ke Bintuka.Lebih manis lagi apabila aksi gemilangnya dapat ku rakamkan sebagai kenangan abadi


Apa-apa pun aku tetap gembira kerana ini merupakan kurau paling besar yang pernah kami naikkan di Bintuka.Lepas ni pasti pembukaan tirai 2011 akan dibuat seawal mungkin.....Good Luck for TOB....4ever

Sulaiman untuk kali ke 2 membawa bot.....pastinya lepas ni,sulaiman akan berani menyewa bot bersendirian untuk memburu Kurau Bintuka