TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Penjagaan Peralatan Memancing Part 1

Dalam kesempatan kali ini saya ingin berkongsi tip cara-cara penjagaan asas peralatan memancing untuk memanjangkan jangka hayat peralatan memancing yang kita miliki.Tidak dinafikan menjaga peralatan memancing merupakan satu aktiviti yang rumit lebih-lebih lagi bila kita sudah penat terutamanya bila balik dari memancing.Namun bagi saya ini tidak jadi penghalang,kerana saya akan sentiasa memastikan peralatan saya sentiasa terhindar dari garam laut terutama selepas balik dari laut atau muara yang air payaunya pekat dan tidak heranlah peralatan lama saya masih cantek walaupun sudah ketinggalan zaman kerana sikap saya yang pantang melihat peralatan saya terbiar selepas digunakan
Ini adalah merupakan perkara wajib yang akan saya lakukan.Kekili yang dipakai pada hari tu mesti disiram dengan air bersih untuk menghilangkan kesan air masin atau payau yang melekat dibadan dan di tali sulam
Gewang pun sama.Biasanya gewang yang saya gunakan pada hari tersebut akan rendam didalam air dan digantung ditempat khas untuk proses pengeringan.Biasanya bila ada tanda-tanda berkarat pada cincin atau mata kail,saya akan sapu minyak dengan menggunakan berus gigi untuk menghalang karat dari merebak.Namun jika karat sudah tidak dapat dihalang,biasalah gantikan saja ring dan mata kailnya sebelum disimpan kedalam box

Joran yang digunakan juga harus disiram dengan menggunakan air bersih untuk mengelakkan ringnya berkarat


Biasanya peralatan yang sudah saya cuci akan saya biarkan kering.Proses ni biasanya saya biarkan semalaman kerana kadang-kadang saya tidak larat untuk terus melap dan menyapu minyak ke bahagian-bahagian yang saya rasakan perlu dilindungi dari karat.Biasanya keesokan hari jika ada masa terluang barulah saya akan meneruskan proses menyapu minyak dibahagian-bahagian yang perlu dilindungi dari karat sahaja


Ini adalah peralatan asas yang perlu kita miliki untuk menservis peralatan mengail yang kita miliki.Pada kelapangan yang akan datang saya akan berkongsi tips menjaga kekili dan Joran