TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP MENCABAR IMAN MENTOR

Trip 25.12.2012 merupakan trip penutup Bintuka T.O.B bagi tahun 2012. Trip atas permintaan Haji Caster ini merupakan trip paling mencabar dengan pelbagai cabaran. Rasanya inilah trip pertama saya menjadi mentor sepanjang masa. Apa tidaknya rakan Haji yang turut casting ini merupakan seorang The Real Beginner Caster. Pengetahuan Bro Suhaimi tentang penggunaan set LP masih kosong. Yang beliau tahu selama ini hanya teknik Bottom. Sebenarnya sebelum turun trip, Haji hanya menyuruh beliau  membeli reel Curado G dan 2 biji gewang sebagai racun pertama  manakala rod pula saya sediakan. Trip ini memang mencabar dengan kekumpauan...malah tiupan angin utara yang kuat amat menyukarkan teknik casting berhanyut, apa tidaknya bot dengan sekelip mata sudah mendampar di tebing sungai apabila ditiup oleh angin utara.
Sampai di Kapal Karam sesi mengajar teknik melontar pun bermula
Hanya beberapa minit sahaja diperlukan...dengan tunjuk ajar yang betul beliau sudah boleh menggunakan Set BC...sayangnya hanya sekali sahaja beliau mendapat strike..... 
 Haji kini semakin garang dengan lontaran-lontaran terus ke Pintu Rumah 

 Birdnest tahap Dewa...setengah jam diperlukan untuk meleraikannya...kalau aku punya sudah ku potong-potong...nasib baik orang punya...SABAR GILA
 Kau jua lah Ji jd Juara...aku malas sudah mau begambar
Apa yang boleh ku katakan...Bintuka bukan seperti 3 tahun yang lalu...untuk mencari strike memang memerlukan LUCK yang berONG...bukan setakat MJ, kerapu pun sudah payah mahu dinaikkan. Cuma lubuk Selungsung sahaja yang memberi sinar harapan terbaru...Hasil kolam pecah 2010, malam pasang besar  ( berlakunya Sunami di Jepun ) dikatakan 4000 ekor selungsung terlepas dan kini terbukti apabila ramai rakan caster dan bottom yang sudah berjaya menawan selungsung bersais 2-7 kilo...Hanya aku yang belum SUKSES...heheheh. Bak kata Mamat Boy " Kau hanya diciptakan untuk mencipta dan aura mu melekat sama orang lain" Hehehhe...munkin kebetulan....rod yang ku cipta membuktikan segalanya...namun aku bangga menjadi pelopor  dan Pencipta penggunaan ROD Fiber 4.6 kaki yang kini menjadi ikutan rakan-rakan sehingga ke Sarawak