TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CUSTOM ROD : K.O.B STYLE

Rasanya terlalu lama sudah saya tidak berkongsi cerita tentang pembuatan rod. Sebagai seorang kaki kail yang sangat meminati hobi ini, saya bukan sahaja sentiasa sibuk dengan aktiviti memancing, malah jauh dari itu saya juga sibuk membuat rod casting khas untuk Botbase yang saya nama kan K.O.B Style, kerana sayalah yang memulakan kegilaan rod 4.6 kaki Pe 3-12 yang  berasaskan Blank gentian kaca yang sangat lembut dan kuat tanpa perlu kerisauan untuk dipatahkan oleh ikan Monster. Rekaan  ini telah menukar rentak atau cara kami casting. Jika sebelum ini rod panjang  memerlukan tontaran kehadapan dengan menggunakan seluruh tangan tetapi dengan menggunakan rod K.O.B Style caster hanya perlu menggunakan pergelangan tangan untuk membuat pelbagai style lontaran dengan mudah, malah treand ini menjular sehingga ke Kuching, Sarawak.Penggunaan rod pendik ini lebih selamat berbanding dengan rod panjang jika casting dengan menggunakan Bot. 
Sebenarnya idea membuat rod pendik dan slim  ini tercetus apabila saya kerap menaikkan kerapu hitam di Bintuka dengan set rod Pe1.5 yang bukan lawanan untuk sang kerapu. Oleh itu saya terfikir untuk mencipta rod yang sesuai untuk lapangan kami di Bintuka dan Blank gentian kaca menjadi pilihan kerana mempunyai daya lenturan yang cantik walaupun berat sedikit tetapi batang utamanya  kuat walaupun ia bersais sebatang straw minuman. 

Selain membuat saya juga mampu membaik pulih semula rod :Rod ini patah tiga akibat hentaman Selungsung 10 kg....
 Blank Gentian Kaca digunakan untuk menjadi batang baru rod ini
 Inilah kesudahannya
 Lilitan simple yang mudah dibuat untuk mencantikkan batang rod
 Benang merah sentiasa menjadi pilihan saya
 Jika tidak terlalu sibuk saya boleh menyiapkan 3 batang rod dalam seminggu
  Reel Seat Fuji adalah yang terbaik
Inilah adalah rod lidi karbon pertama yang saya custom
Pe 4-10 memang sesuai untuk bermain Soft Plastic
 Sejak kebelakangan ini, Paten ini menjadi pilihan saya  
Penggunaan Benang biru berkilat memang sangat cun tetapi benangnya sukar diperolehi di Kota Kinabalu ini

Inilah antara hasil buatan tangan saya yang telah digunakan oleh rakan-rakan casting di Bintuka