TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

OPERASI MENCARI TOMMAN

Ini merupakan trip kolaberasi diantara T.O.B bersama Ahli Team Lempayun Junior untuk menjejak sang toman di sungai Damit. Setelah setahun berlalu, rasanya sungai ni semakin sunyi dan sepanjang casting di sungai ni, kami hanya sekali melihat kelibat sang tomman menyambar anak-anak ikan. Jika tahun lepas boleh dikatakan ada ribuan anak-anak tomman yang sentiasa timbul tenggelam bermain di tebing-tebing sungai, namun hari ni kelibat anak-anak tomman sudah tidak kelihatan. Apa yang menjadi persoalan kami....kemanakah sang tomman dan anak-anaknya menghilangkan diri. Jika mahu dikatakan pupus itu adalah mustahil. Mungkin ia sudah menyusuri parit, paya dan regisin yang terdapat di hulu sungai Damit atau tengah aman damai di kawasan penempatan baru di paya-paya sekitar sungai damit yang tidak boleh di kunjungi semak samun yang mengerunkan.

 Inilah sulap pemujaan yang menunggu masa mahu runtuh
 Ahli TLJ yang sudah biasa casting tomman namun ini kali pertama masuk ke sungai ni. Diorang ni makin xtrem. Najul semakin memantap apabila sudah boleh mencabar saya casting kiri kanan, manakala Bobbih makin xtrem apabila sentiasa sahaja join casting ke Bintuka, Weston dan Menumbuk setiap hujung minggu dengan Ahli BCC ( Bongawan Comunity Caster )
 EXOTIC...dalam perjalanan ke sungai damit ternampak pula kilang ni...hemhemhem...
 Inilah lubuk pemujaan
 Mula-mula Najul menjadi caruk man untuk mengawal bot, lepas tu baru diganti oleh Bobbih...inilah ciri-ciri caster yang baik..tahu peranan masing-masing...syabas......lain kali awal pagi kita jalan Boi....
 Adakah ini menjadi punca kepupusan tomman........ 

 Antara rumah yang ada di tepi sungai damit....dari dapur saja mengail....
 Tengah casting terjumpa pula gewang WILSON ni.....rasanya digunakan untuk trolling tomman...mungkin sudah berbulan-bulan tersangkut di tempat ni
 Ini kali lah.......perkataan yang sentiasa didengar dari penyokong pembangkang.....diatas pula adalah bendera BN, UMNO dan Negara kita yang semakin luluh....
 Pemandangan di sungai membakut
 Rumah di tebing sungai membakut .... 

GUBANG....gelaran yang diberikan oleh bangsa Brunei di Bongawan untuk sampan ni....