Rumusan: Aktiviti memancing yang kami rancang sempena cuti hari raya haji di sg bintuka lebih kepada aktiviti MENINJAU LUBUK @ PORT dan beriadah.Kebanyakkan masa kami waktu di sg ni kami habiskan dengan aktiviti Trolling dan Casting.Apa yang jelas sungai bintuka sangat besar, panjang dan terlalu banyak simpang atau anak-anak sungai besar yang boleh menyesatkan dan sebab itulah kami membawa 3 biji GPS untuk keselamatan dan atas bantuan GPS ni kami sudah habis meraun sg bintuka dari hujung ke hujung walau pun tidak belurih,namun hati tetap puas kerana kami sudah pusing habis sg bintuka.Namun untuk kaki casting,sg ni bulanlah medan tempur yang sesuai kerana ia terlalu dalam.Namun hati tetap yakin sedikit masa lagi aku akan kembali ke sinui untuk pertempuran yang lebih hebat....dan kalau ada yang sudi memberi tunjuk ajar teknik memancing di sg ni dialu-alukan
UNGAH AKA SIAKAP MERAH KELAPARAN
5 years ago