TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip Takat 33 C Pian & Pesakit Jantung (7-8 Nov 2009 )

Senang hati c pian...sudah 4 bulan lebih tidak ke laut dalam....akhirnya dapat juga turun walau pun amaran laut bergelora...tetap juga mahu beraksi.....Inilah dikatakan hati kail..ke...ke...ke.....
Ini tempat tidur kapal Ah Tat yang di sewa oleh geng-geng Kadazan Dusun yang c pian ikut

Antara geng-geng c pian yang baru tiba pagi tu.....

Meriahnya di pasar besar pagi tu...
C Pian sedang memilih umpan....umpan basung paling Omm jika mahu kelaut dalam..tidak banyak basung segar pagi tu....mungkin kerana bulan terang

Akhirnya aku terus membeli ketam bakau untuk isteri yang tersayang...8 ringgit sekilo....4 kg ja ku beli geng....
Catatan Perjalanan: Seawal jam 5.20 pagi aku sudah bertolak ke rumah c pian untuk menghantarnya ke jeti di Kk.Selepas selesai memasukkan barang-barang c pian kami terus ke Restoran Koboi Town,di Jumbo untuk bersarapan. selepas bersarapan jam 6.00 kami terus ke jeti dan terus naik ke kapal Ah Tat untuk booking tempat memancing.Jam 6.30 aku dan c pian terus ke pasar ikan,aku mahu membeli ikan untuk keluarga c pian untuk dijadikan umpan.Namun aku tidak jadi membeli ikan kerana kebanyakkan ikannya tidak segar lalu aku pun membeli ketam bakau untuk dibawa pulang. Jam 11.30 malam aku menerima SMS c pian yang menyatakan mereka terpaksa balik dan sekarang berada berhampiran pulay gaya kerana salah seorang rakan berbangsa cina telah terkena serangan jantung dan dalam keadaan kritikal....pada jam 6 petang tadi.....Ringkasnya trip c pian penuh dengan kehampaan dan kerugian...dan kepada sesiapa yang ingin menyertai trip memancing sama ada di sungai,di laut atau laut dalam yang mengambil masa yang lama untuk ke daratan dinasihati supaya sedar akan keadaan diri ,jika anda ada penyakit kronik jangan lah cari nahas...baik duduk diam-diam di rumah...bukan apa kawan-kawan yang terasa.....sebab ANDA TELAH MENYUSAHKAN...Ini adalah pengajaran sebab tahun ni juga seorang pemancing dari Tuaran telah meninggal dunia selepas kena serangan penyakit kronik selepas menaikkan ikan Aji-aji...2 hari masuk ICU dan terus Go....kesian