TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Tinjau Port ( Muara Mandahan )

Inilah jeti pengusaha bagang di sg mandahan yang sebelum ni tidak pernah wujud,namun kewujudan bagang di teluk kimanis menjadikan muara mandahan sibuk dengan aktiviti perusahaan bilis.Yang sedihnya kebanyakkan mereka ni orang bugis dari Indon.... dan bukan pengusaha tempatan yang diberi muka oleh orang tempatan....Orang luar meraih keuntungan orang tempatan meraih simpati....
Inilah antara bilis yang telah dimasak diatas bagang dan dibawa ke darat untuk dijemur.Selain tu ikan tamanung (selar),ikan garonggong ( cencaru )ikan lumahan ( kembong ) selalu menjadi habuan lumayan kepada pengusaha bagang yang telah menjejaskan pendapatan para nelayan.Ikut perjajnian asal hanya bilis sahaja yang dituai bukan ikan....

Kelihatan pekerja-pekerja bagang sedang bergerak untuk ke bagang bagi memperbaiki salah sebuah bagang yang telah senget.Apa yang pasti tentang pengusaha bagang ni,mereka akan bergotong-royong untuk membina bagang atau memperbaiki bagang mereka yang telah rosak .Namun kewujudan Loji Petronas di Teluk Kimanis jelas akan menutup ruang untuk pengusaha bagang bermaharajalela....dan diharap Teluk Kimanis akan menjadi syurga ikan

Pekerja bagang sedang mengheret batang nibong yang digunakan untuk membina atau memperbaiki bagang-bagang yang telah sendeng @ senget akibat pukulan ombak dengan menggunakan bot
Inilah cabang antara sg mandahan dan sg tari
Dulu inilah laluan ke muara sg mandahan,namun hari ni laluan ini menjadi sungai mati kerana akibat fenomena semulajadi yang menjadikan aliran sg mandahan semakin pendik
Di sg mati ni saya cuba cast...mana tau ada ikan yang masih berumah di sini...tapi....kecewa
Dalam perjalanan pulang saya ternampak ada kolam besar akibat aktiviti mengorek pasir jadi saya pun cuba cast mana tau ada ikan haruan tapi sunyi saja langsung tiada sambaran....
Sedikit Catatan: Sungai Mandahan sebelum tahun 80-an adalah merupakan aliran parit yang bertemu dengan aliran sg Tari dan kedua-dua sg ini tidak berhulu.Namun pembinaan aliran sg baru di kg Nyaris-nyaris Bongawan mengubah status sg mandahan menjadi sebuah sg yang berhulu dimana punca alirannya adalah dari hulu sg Bongawan dan jika berlaku banjir di Bongawan alirannya akan menjadi deras.Tahun 2007 menjadi saksi apabila jambatan mandahan yang menjadi nadi perhubungan runtuh akibat banjir dan mengorbankan 3 nyawa dan memutuskan terus perhubungan darat antara KK dan Beaufort dan ini juga telah membuka mata orang-orang besar yang selama ini hanya tahu duduk dan tidak turun padang.Jika mahu casting lokasi terbaik adalah sekitar surau dan di jambatan keretapi dan target utama adalah Unggah @ Siakap Merah