TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Memancing di Bintuka,Beaufort Part I ( 28.11.09 )

Snek & Pian sibuk memasukkan peralatan ke dalam bot di jeti Hj Kumit
Kesian c Asbullah & Kawannya ni,baru mahu bertolak enjin bot pula mati....terpaksa berdayung semula kejeti untuk menukar bot sewa yang lain.Nasib masih hampir dengan jeti...mun nda ampar kamu bekayuh bullah....

Yang baju hijau tu,mantua ku Ag Tuah Pahang,bersaudara dengan tauke bot Hj Kumit


Bot Man utama TOB...Sibuk ia menset GPS...takut sesat,maklumlah lama sudah ia inda ke Bintuka

Kenalan baru...Din and the gang....

Geng baru ni membeli umpan udang hidup 2 kg dan dikabarkan mereka berjaya mendapat garut-garut dan tetanda hampir 2 kg juga

Snek dan penjual udang.....
Inilah laluan ke sg utama dan gara-gara arah kanan kanan kanan..........
Kami sesat.....terpaksa patah balik....sungai mati.....

Inilah laluan sg kecil ke sg besar....dan bila sampai ke sg besar harus memasuki aliran ke kanan sebab itulah di dikatakan arah kanan kanan kanan dimana simpang utama semuanya ke kanan

Mangsa pertama melalui acara trolling....Titir yang menyambargewang Rapala redhead c pian

Sampai jua kami akhirnya ke muara sg bintuka dan selepas makan dan casting kami terus ke laut untuk melihat-lihat suasana anak pulau yang ada ditengah-tengah muara bintuka dan kami meneruskan acara trolling ke sg bintuka utama
Penat trolling kami memancing dan hasilnya.....terpaksa C&R

Ini nda dapat diselamatkan...mata kail ditelan habis....terpaksa masuk tong ais

Snek paling rajin casting.....lubuk ni berkedalaman 11 meter dalam catatan fishfinder yang kami bawa

Ketam bakau ni hasil pertama ku selama bergelar kaki pancing,sebab mata kail melekat dalam mulutnya...bukan tersangkut di sepit atau kakinya...

Ini lagi terpaksa C&R.Lubuk ni berkedalaman 7 meter

Ini lagi kesian.....C&R lah jawabnya


Aksi Bot Man simpanan.....


Rumusan: Aktiviti memancing yang kami rancang sempena cuti hari raya haji di sg bintuka lebih kepada aktiviti MENINJAU LUBUK @ PORT dan beriadah.Kebanyakkan masa kami waktu di sg ni kami habiskan dengan aktiviti Trolling dan Casting.Apa yang jelas sungai bintuka sangat besar, panjang dan terlalu banyak simpang atau anak-anak sungai besar yang boleh menyesatkan dan sebab itulah kami membawa 3 biji GPS untuk keselamatan dan atas bantuan GPS ni kami sudah habis meraun sg bintuka dari hujung ke hujung walau pun tidak belurih,namun hati tetap puas kerana kami sudah pusing habis sg bintuka.Namun untuk kaki casting,sg ni bulanlah medan tempur yang sesuai kerana ia terlalu dalam.Namun hati tetap yakin sedikit masa lagi aku akan kembali ke sinui untuk pertempuran yang lebih hebat....dan kalau ada yang sudi memberi tunjuk ajar teknik memancing di sg ni dialu-alukan