TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip ke pulau tiga 3 hari 2 malam ( 27-29 Mac 2009 )


Inilah tuan punya kapal Mr BEN & tekong yang arif tentang takat di pulau tiga.Beliau satu-satunya bumiputra yang meiliki kapal sendiri di jeti KK.Kapal-kapal yang lain dimiliki oleh usahawan berbangsa cina dan tekongnya orang ubian @ bajau laut

Brother Mat sedang berselera menjamu selera yang disediakan oleh Kak Nonong & Kak Marry .Kak Nonong & Kak Marry merupakan wanita yang paling aktif ke laut dalam di kk ni...







Trip ke pulau tiga ni aku rancang pada penghujung 2008 setelah trip sebelum ni sucesss.Memandangkan musim utara masih melanda perairan pantai barat sabah,bulan Mac 2009 dipilih setelah keadaan lautan reda.Trip kali ni kami memilih kapal cBen yang arif tentang takat dipulau tiga.Pada trip kali ini juga empat orang muka baru turut serta.Mereka ialah Snek,Rayme,anak buahnya & pakciknya.Muka lama biasalah aku,Brother Mat,pian,kakNonong,kak Mary & Jonny.
Kami bertolak dari jeti KK jam 2 petang.Air laut nampaknya awal-awal lagi sudah beralun.Ada yang sudah pening-pening lalat waktu dalam perjalanan dan terpaksa tidur.Perjalanan ke pulau tiga mengambil masa 3- 4 jam.Dalam perjalanan kami sibuk menyediakan dan melengkapkan peralatan untuk menghadapi tarikan dan pecutan ikan-ikan di pulau Tiga dan jam 5 petang
N.Lee & Crocs Ampulur
barulah kami tiba ditakat pertama.Bermacam-macam ikan mula memakan umpan.Namun ia hanya sekejap.Tekong kapal ( C Ben ) membawa kami ke takat kedua sambutan ikan masih kurang berbanding takat pertama,lalu ia bawa lagi kami ke takat ke tiga dan disinilah aku berjaya menaikkan tenggiri pertama lebih kurang jam 7 malam.Selepas saja ku menaikkan tenggiri pertama c pian terus berbisik kepada ku un tuk bertanyakan kedalaman rumah tenggiri.Aku pun bagi tau 17 depa. Apa lagi c pian pun ikut dan hasilnya tenggiri menyambar umpannya.Malangnya atas kecuaian tekong yang menarik terus tenggiri
naik ke atas kapal,akhirnya tenggiri c Pian jatuh ke laut semula sebab tenggiri tersebut menggelupar semasa ia tergantung.
Wajah Ceria C Snek,Raymee & Anak buahnya C BB
Kekecewaan C Pian bukan sahaja setakat tu,kali ni haruan tasik mega menyambar umpan basungnya.Dengan menggunakan perambut 50 Lbs,pertarungan hampir 20 minit akhirnya dimenangi oleh sang haruan tasik yang membuat pecutan terakhir semasa hendak dicangkuk.Namun hatinya terubat bila seekor tenggiri akhirnya berjaya dinaikkanya selepas itu.
Malam semakin larut dan keadaan laut semakin bergelora dan semakin ramai yang mau muntah dan tekong sendiri juga mengakui yang dia sedang mabuk.Keadaan ini memaksa tekong membawa kami ke perairan pulau menggalun untuk berlindung.
Pakcik C Raymee
Malam ni hasil belum cukup memuaskan hati kami.Menjelang subuh bermacam-macam jenis ikan yang sudi menjamah umpan kami.Keadaan menjadi riuh rendah bila ikan sentiasa menjamah umpan....memang best...namun ada juga yang masih belum bangun dari katil kapal akibat gelombang semalam.



Menjelang petang kail snek disambar ikan mega,ini menyebabkan kailnya melentur sehingga sukar untuk dicabut dan aku cuba menolong namun gagal kerana ikan sudah berjaya melarikan diri ke batu dan akibatnya perambut flourocarbon 60 lbs nya calar habis dan putus.Namun lepas tu bermacam-macam ikan diperolehinya.
Tenggiri ni lah pembakar semangat baru jam 7 sudah mengena...

Malam kedua kak Nonong pula yang berjaya menaikkan seekor tenggiri.Kak Mary pula berjaya menaikkan ikan putih dan brother mat pun sama menaikkan ikan putih.Pakcik C Rayme pula berbangga kerana berjaya menaikkan 2 ekor ikan Lapih sekali gus berskala 3 kg.Malam kedua ni ikan pisang-pisang & tulai sangat sibuk sehingga menjamah umpan sehinggakan tidur pun kami tidak berguna.
Boleh dikatakan trip kali ni kurang berjaya kerana laut bergelora dan tidak banyak sambaran-sambaran rakus yang boleh dirasai malah ada yang mabuk sehingga ke jeti.Namun ia tidak mematahkan semangat ahli baru untuk terus join ke laut dalam.Bagi diri ku ini perkara biasa sebab sudah beberapa kali trip yang pernah aku ikut terkena ribut sehingga terkenang anak bini di rumah.Namun apa yang penting keselamatan harus diutamakan..kalau sudah tahu laut bergelora jangan lah ikut nafsu......









Pian & Ikan Cerminya





















Raymee Sedang menunggu sambaran ikan














Kak Nonong & Brother Mat dengan ikan putihnya

















Anak Kapal pun tidak mahu ketinggalan memancing dan akhirnya berjaya menaikkan kerapu sunoh











Snek bersama kerapu sunoh & pemancing paling hensom






















Ini lah tenggiri pengubat duka c Pian yang tidur-tidur pun dapat tenggiri









Kak Nonong dengan tenggiri pertamanya sebagai kaki pancing....bukan senang dapat tenggiri kalau tak ngam sukatan....