TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Casting di Muara Sg Benoni Part I

Berkenangan sebelum bersurai dari kiri Dahali ( Dell-Kapten Keruak ), Sudin,N.Lee ( Team Ombakbiru ),Hazlin,Sapihee & C May jadi juru kamera













Merenung nasib.....gara-gara semangat mau casting...beg gewang tinggal...nasib baik ada geng keruak....TQ sudin....

Sudin dengan ikan peracunnya.Lubuk Sg Benoni ni kami gelar lubuk Geng Keruak kerana geng keruak saja yang sentiasa strike di lubuk ni




















C may dengan hasil kedua dengan menggunakan gewang rapala X rap









Muara Sg Benoni yang tidak ku kenali kini menjadi lubuk panas bagi kaki casting macam aku






12 sept yang lalu ( Bulan Ramadan ) saya dengan semangat membara telah pergi casting ke muara sg benoni.Saya bertolak dr rumah di taman jumbo,petagas kk jam 5.00 pagi selepas subuh.Sampai di lokasi jm 5.50 pagi dan ku lihat ada sudah kereta penyamun sungai...memang ku kenal kereta yang berwarna merah tu...lalu aku pun membuka bonet untuk mengambil set joran baru ku dan aku ketawa sendiri..apa tidaknya beg gewang ku masih lagi tidur di rumah.Lalu aku pun ke lokasi dan berjumpa dengan penyamun-penyamun sungai c may,hazlin,dahali( adik ku ),sudin & sapihee dan terpaksalah aku meminjam gewang c sudin.Hari ni nasib memang menyebelahi c may & sudin.C may dapat 2 ekor & sudin dapat 2 ekor.Aku terpaksa begaya dengan ikan merah c may untuk meracun ahli team ombak biru c pian sama c snek.Bingong diorang apa tidaknya pagi-pagi lagi kena MMS....kena wayang....