TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Casting Muara Benoni Part II

Masih gelap ketika kami baru sampai
Lima hari sebelum raya iaitu pada 16 sept 2009 yang lalu Pian ( crocs Ampulur ) teracun untuk join casting di sg benoni yang merupakan lubuk panas masa kini.Terpaksa lah dia tutup kedai di Alamesra.Kami bertolak dr KK jam 4.30 pagi dan sampai di lokasi jm 5.20 subuh.Sempat lagi kami sembahyang subuh di muara.Jam 5.50 kelihatan kelibat C May ( Osman ),Hazlin dan Che Hasruddin ( Editor Kembara Kail ).Apa lagi macam-macam gambar diambilnya.Tidak lama kemudian geng keruak sampai di ikuti oleh Juan dan anak muridnya.Aku lebih kepada popping kali ni..tapi 2 jam popping sekali saja ikan melibas popping ku.C Pian yang casting di jambatan akhirnya dapat anak todak dengan menggunakan X Rap.Hari ni memang tidak bernasib baik,sebab semua gewang kami tidak disambaran pemangsa.








Anak Todak Crocs Ampulur yang berani menyambar X rap









Terpaksalah dilepaskan semula...nasib baik kau kecil...kalau bapak atau mama mu....siap kau ku gulai