TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

UP GRADE DRAG CURADO BY K.O.B

Sebelum ni beberapa BC sendiri dan rakan-rakan telah berjaya ditingkatkan sistem cengkaman dragnya dengan mengunakan bahan khas hasil percubaan K.O.B . Antara jenama BC yang pernah di Up Gread dragnya ialah dari jenama Abu dan Daiwa . Kali ni tiba pula giliran CURADO, antara hasil terbaik Produk SHIMANO, di tingkatkan sistem dragnya. Sebenarnya bukan untuk mencari Monster, tapi untuk persediaan menghadapi pertarungan. Drag sebenar CURADO dikatakan mempunyai tekanan ketegangan @ asakan sehingga 4.5 kg. Namun setelah ditest dengan menggunakan penyukat digital, sistem tegangannya hanya mencecah angka 3 kg. Namun ini sebenarnya sudah cukup munasabah untuk pertarungan, namun lain pula bagi kes CURADO yang saya UP Grade ini, sistem tegangannya tidak sampai 2 kg, terlalu lembut bila di tarik walaupun di kunci mati dan masih baru dari kedai. Keadaan ini membuatkan pemiliknya mahu sistem dragnya di up grade dan kesudahannya dragnya kini menjangkau 5.5 kg.....hampir sama dengan Daiwa 2020

Sudah sedia untuk menghadapi MONSTER....setelah di Up Grade........


Drag Washer Ori

Washer drag curado sangat besar berbanding dengan washer drag jenama lain yang pernah saya buka dan seperti biasa ada ruang kosong

Inilah bahan keramat K.O.B untuk meningkatkan sistem drag apa-apa BC


Setelah dibentuk....jauh bezanya antara washer asal dan tiruan....heheheheh yang penting jangan tewas oleh ikan idaman


Washer bahagian bawah juga harus diganti, washer bahagian bawah juga sangat besar, jika jenama lain besar washer bahagian bawah hanya sebesar duit syiling 10 sen, washer curado pula sebesar syiling 20 sen


Bila sudah di Up Grade....washer tiruan akan memenuhi ruang dan akibatnya....tali sulam atau joran akan meletup jika sistem tegangan tidak diselaras dengan betul.....