TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

OPERASI MENCARI TOMMAN

Ini merupakan trip kolaberasi diantara T.O.B bersama Ahli Team Lempayun Junior untuk menjejak sang toman di sungai Damit. Setelah setahun berlalu, rasanya sungai ni semakin sunyi dan sepanjang casting di sungai ni, kami hanya sekali melihat kelibat sang tomman menyambar anak-anak ikan. Jika tahun lepas boleh dikatakan ada ribuan anak-anak tomman yang sentiasa timbul tenggelam bermain di tebing-tebing sungai, namun hari ni kelibat anak-anak tomman sudah tidak kelihatan. Apa yang menjadi persoalan kami....kemanakah sang tomman dan anak-anaknya menghilangkan diri. Jika mahu dikatakan pupus itu adalah mustahil. Mungkin ia sudah menyusuri parit, paya dan regisin yang terdapat di hulu sungai Damit atau tengah aman damai di kawasan penempatan baru di paya-paya sekitar sungai damit yang tidak boleh di kunjungi semak samun yang mengerunkan.

 Inilah sulap pemujaan yang menunggu masa mahu runtuh
 Ahli TLJ yang sudah biasa casting tomman namun ini kali pertama masuk ke sungai ni. Diorang ni makin xtrem. Najul semakin memantap apabila sudah boleh mencabar saya casting kiri kanan, manakala Bobbih makin xtrem apabila sentiasa sahaja join casting ke Bintuka, Weston dan Menumbuk setiap hujung minggu dengan Ahli BCC ( Bongawan Comunity Caster )
 EXOTIC...dalam perjalanan ke sungai damit ternampak pula kilang ni...hemhemhem...
 Inilah lubuk pemujaan
 Mula-mula Najul menjadi caruk man untuk mengawal bot, lepas tu baru diganti oleh Bobbih...inilah ciri-ciri caster yang baik..tahu peranan masing-masing...syabas......lain kali awal pagi kita jalan Boi....
 Adakah ini menjadi punca kepupusan tomman........ 

 Antara rumah yang ada di tepi sungai damit....dari dapur saja mengail....
 Tengah casting terjumpa pula gewang WILSON ni.....rasanya digunakan untuk trolling tomman...mungkin sudah berbulan-bulan tersangkut di tempat ni
 Ini kali lah.......perkataan yang sentiasa didengar dari penyokong pembangkang.....diatas pula adalah bendera BN, UMNO dan Negara kita yang semakin luluh....
 Pemandangan di sungai membakut
 Rumah di tebing sungai membakut .... 

GUBANG....gelaran yang diberikan oleh bangsa Brunei di Bongawan untuk sampan ni....

TRIP 3 in 1YANG KACAU

 Walau pun sudah menistiharkan  cuti panjang dari arena casting pada hujung tahun 2012 yang lalu untuk menanti kelahiran Baby baru, namun aku telah melangar janji tersebut gara-gara hati sangat gatal mahu turun ke Bintuka. Trip kali ni kami merancang untuk mencuba aksi 3 in 1 ( Bottom, Trolling dan Casting ). Ahli komplot macam biasa Haji Caster dan Abg Wan. Rakan lain pula iaitu Azam, Adi dan patner  serta Rino dan Ag turun casting. Awal-awal lagi sudah lenguh kami menyurung bot Hj Kumit yang tersadai gara-gara surut melampau dimana tahap air pagi tu 0.2m sahaja. Selesai semua urusan kami terus memecut , sampai di lubuk pertama kami membotom namun tiada sambaran manakali Azam dah Adi berjaya menaikkan seekor kerapu minyak, lalu kami berpindah ke lubuk kolam kedua yang mana lubuk ni banyak sudah selungsung ditewaskan....namun kumpau tetap melanda. Manakala si Azam dan Hadi bertahan dikolam manakala kami memecut ke muara Balingkatak. sampai di muara Balingkatak kami terus  mencuba aksi casting sebelum Bottom. 
Sedang kami rancak casting tiba-tiba bot si Rino menghampiri kami dan alangkah tergangu emosi kami apabila si Awang mengangkat seekor selungsung  seberat lebih 11 kg....Apa lagi hilang terus mood bottom....casting terus........namun tetap kumpau lalu kami memutuskan untuk membotom mencari sang kurau....namun emosi tetap terganggu.......casting...casting...casting..........

  Geng Lanun Bintuka...hati-hati
Pecah rekod anak buah ku si Apik yg berjaya menawan selungsung 10 kg tahun lepas 
Ambil aura selungsung saja...heheheh

Abg Wan.....dalam kepala...casting...casting....casting...

Hj Pula....kurau...kurau....kurau....sampai 2 rod ditangan....heheheh
Selesai saja kami makan tengahari....Casting time.....gara-gara hati kacau mengenangkan Selungsung Si Awang
Akhirnya ada jua strike....heheheh 
Udang Zerek dan DOA ori cantik-cantik...tapi tidak laku oleh sang Selungsung dan sang Kurau

CUSTOM ROD : K.O.B STYLE

Rasanya terlalu lama sudah saya tidak berkongsi cerita tentang pembuatan rod. Sebagai seorang kaki kail yang sangat meminati hobi ini, saya bukan sahaja sentiasa sibuk dengan aktiviti memancing, malah jauh dari itu saya juga sibuk membuat rod casting khas untuk Botbase yang saya nama kan K.O.B Style, kerana sayalah yang memulakan kegilaan rod 4.6 kaki Pe 3-12 yang  berasaskan Blank gentian kaca yang sangat lembut dan kuat tanpa perlu kerisauan untuk dipatahkan oleh ikan Monster. Rekaan  ini telah menukar rentak atau cara kami casting. Jika sebelum ini rod panjang  memerlukan tontaran kehadapan dengan menggunakan seluruh tangan tetapi dengan menggunakan rod K.O.B Style caster hanya perlu menggunakan pergelangan tangan untuk membuat pelbagai style lontaran dengan mudah, malah treand ini menjular sehingga ke Kuching, Sarawak.Penggunaan rod pendik ini lebih selamat berbanding dengan rod panjang jika casting dengan menggunakan Bot. 
Sebenarnya idea membuat rod pendik dan slim  ini tercetus apabila saya kerap menaikkan kerapu hitam di Bintuka dengan set rod Pe1.5 yang bukan lawanan untuk sang kerapu. Oleh itu saya terfikir untuk mencipta rod yang sesuai untuk lapangan kami di Bintuka dan Blank gentian kaca menjadi pilihan kerana mempunyai daya lenturan yang cantik walaupun berat sedikit tetapi batang utamanya  kuat walaupun ia bersais sebatang straw minuman. 

Selain membuat saya juga mampu membaik pulih semula rod :Rod ini patah tiga akibat hentaman Selungsung 10 kg....
 Blank Gentian Kaca digunakan untuk menjadi batang baru rod ini
 Inilah kesudahannya
 Lilitan simple yang mudah dibuat untuk mencantikkan batang rod
 Benang merah sentiasa menjadi pilihan saya
 Jika tidak terlalu sibuk saya boleh menyiapkan 3 batang rod dalam seminggu
  Reel Seat Fuji adalah yang terbaik
Inilah adalah rod lidi karbon pertama yang saya custom
Pe 4-10 memang sesuai untuk bermain Soft Plastic
 Sejak kebelakangan ini, Paten ini menjadi pilihan saya  
Penggunaan Benang biru berkilat memang sangat cun tetapi benangnya sukar diperolehi di Kota Kinabalu ini

Inilah antara hasil buatan tangan saya yang telah digunakan oleh rakan-rakan casting di Bintuka

TRIP MENCABAR IMAN MENTOR

Trip 25.12.2012 merupakan trip penutup Bintuka T.O.B bagi tahun 2012. Trip atas permintaan Haji Caster ini merupakan trip paling mencabar dengan pelbagai cabaran. Rasanya inilah trip pertama saya menjadi mentor sepanjang masa. Apa tidaknya rakan Haji yang turut casting ini merupakan seorang The Real Beginner Caster. Pengetahuan Bro Suhaimi tentang penggunaan set LP masih kosong. Yang beliau tahu selama ini hanya teknik Bottom. Sebenarnya sebelum turun trip, Haji hanya menyuruh beliau  membeli reel Curado G dan 2 biji gewang sebagai racun pertama  manakala rod pula saya sediakan. Trip ini memang mencabar dengan kekumpauan...malah tiupan angin utara yang kuat amat menyukarkan teknik casting berhanyut, apa tidaknya bot dengan sekelip mata sudah mendampar di tebing sungai apabila ditiup oleh angin utara.
Sampai di Kapal Karam sesi mengajar teknik melontar pun bermula
Hanya beberapa minit sahaja diperlukan...dengan tunjuk ajar yang betul beliau sudah boleh menggunakan Set BC...sayangnya hanya sekali sahaja beliau mendapat strike..... 
 Haji kini semakin garang dengan lontaran-lontaran terus ke Pintu Rumah 

 Birdnest tahap Dewa...setengah jam diperlukan untuk meleraikannya...kalau aku punya sudah ku potong-potong...nasib baik orang punya...SABAR GILA
 Kau jua lah Ji jd Juara...aku malas sudah mau begambar
Apa yang boleh ku katakan...Bintuka bukan seperti 3 tahun yang lalu...untuk mencari strike memang memerlukan LUCK yang berONG...bukan setakat MJ, kerapu pun sudah payah mahu dinaikkan. Cuma lubuk Selungsung sahaja yang memberi sinar harapan terbaru...Hasil kolam pecah 2010, malam pasang besar  ( berlakunya Sunami di Jepun ) dikatakan 4000 ekor selungsung terlepas dan kini terbukti apabila ramai rakan caster dan bottom yang sudah berjaya menawan selungsung bersais 2-7 kilo...Hanya aku yang belum SUKSES...heheheh. Bak kata Mamat Boy " Kau hanya diciptakan untuk mencipta dan aura mu melekat sama orang lain" Hehehhe...munkin kebetulan....rod yang ku cipta membuktikan segalanya...namun aku bangga menjadi pelopor  dan Pencipta penggunaan ROD Fiber 4.6 kaki yang kini menjadi ikutan rakan-rakan sehingga ke Sarawak