TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

AKSI K.O.B SEBELUM & SELEPAS RAYA 2011




Memang aku sudah dijadikan sebagai kaki kail yang tidak pernah erti rehat kalau bab-bab mengail tidak kira puasa atau raya yang pasti aku tetap akan mengail cuma sekarang ni amat terhad berbanding zaman bujang. Tidak kisah apa teknik yang pasti aku tahu mana yg sesuai untuk pemburuan mangsa. Dalam paparan kali ni ada sedikit paparan tentang aksi ku bersama Dinn 707 dan biras ku untuk tatapan rakan-rakan pengunjung T.O.B sebelum dan selepas raya


GT Teluk Villa menjadi mangsa penipuan Storm Kirung-kirung Kadal selepas kami balik Popping di lubuk GT. Saya dan Dinn707 sudah Popping seawal 5.30 pagi dalam keadaan yang masih gelap & terpaksa masuk awal ke Teluk Villa apabila keadaan cerah, kami lihat alun laut semakin membesar..takut aku jadinya .....




Hari Raya ketiga (1 Sept 2011 ), seperti yg dirancang aku dan biras ku ( Raja Syahril ) yg balik beraya di Sabah turun dengan mempraktikkan aksi 3 in 1. Namun hasilnya sangat mendukacitakan, aksi Bottom yg menjadi keutamaan akhirnya menjadi aksi Syahril belajar Casting


Ikan Berbisa yang ku kenali dengan panggilan LAPU menjadi penghibur saja




Syahril sudah mula jatuh cinta dengan aksi Casting, namun sunguh mendukacitakan kerana tiada ikan yg sudi menyambar gewangnya....Semua ikan beraya tp Hj Kumit rasanya



Petang Hari raya keempat aku turun ke Sg Bongawan untuk memburu Leliwa @ Baung Akar sekitar 5.30 petang dan hasilnya seekor leliwa menjadi mangsa. Rasanya sudah bertahun-tahun aku tidak memancing ikan leliwa ni di Sg Bongawan ni. Rasanya masih banyak lagi Leliwa besar yang menghuni sungai Bongawan ni.