TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

JIGCAST BB GT DENGAN UMPAN BODO BODO DI TELUK TELUK VILLA, PUTATAN

Nama Teluk Villa wujud apabila perumahan Taman Teluk Villa Wujud .Namun bagi generasi baharu, nama Teluk Doronggon langsung tiada dalam fikiran mereka kerana nama ini sudah tenggelam oleh nama Teluk Villa . Di Teluk Doronggon, terdapat beberapa takat tuhur yang menjadi tempat permainan anak anak Gt untuk mencari makanan. Di Takat takat ini lah saya sentiasa strike bila datang musim memburu BB Bt. 
Sebelum ini kebanyakkan nelayan sampingan di Teluk Villa mencari anak anak Gt dengan menggunakan teknik tundaan dengan menggunakan bulu bulu dan tiada yang pernah mencuba dengan teknik Jigcast. Pada tahun 2010 apabila saya memiliki Bot, saya mencoba teknik ini dengan menggunakan Mini Jig seberat 12g...ia amat berkesan untuk menipu GT selain Popping.Selain Mini Jig, saya lebih taksub menggunakan Squit Jig yang saya gabungkan dengan skirt sotong, gabungan ini sangat mantap dan tidak mengecewakan, namun bekalan utk squit jig sangat terhad, kesukaran mendapatkan squit jig memberi ilham kepada saya untuk DIY Jig Skirt yang saya namakan Umpan Bodo Bodo .Umpan Bodo Bodo ini sangat mujarab di Takat ini kerana GT tidak memilih mangsa...asal bergerak pasti dia akan membahamnya sehingga dapat...

BB gt sebenarnya tidak memilih umpan...apa sahaja pasti digasaknya...yg penting kita mesti yakin untuk menggunakan umpan tersebut...ini petua yang penting dan sentiasa saya pegang...tidak semestinya umpan mahal baru Gt mahu membahamnya...

Bila becerita tentang teknik Jig Cast...pasti ada yang tertanya2 apakah teknik ini sama dengan teknik casting...jawapannya " Ia " cuma bezanya adalah umpannya...jika casting menggunakan Lure...Jigcast pula menggunakan Metal Jig yang ringan dan dilontarkan sejauh mungkin dan dibiarkan jatuh diparas tertentu berdasarkan kedalaman takat...Jika takatnya cetek seperti di Teluk Villa 3-4 meter...cukuplah setakat jatuh selama 3-5 saat dan terus dikarau pelan-pelan sambil dihinjut hinjut utk menghidupkan pergerakan skirt...Mesti diingat jika menggunakan JigSkirt...GT biasanya akan melihat pergerakan Skirt seolah2 benda hidup. Jika saya menggunakan metal jig, saya akan gunakan Jig seberat 18g-40g utk melakukan aksi Jigcast  bergantun kedalaman Takat tersebut...namun saya sangat jarang menggunakan metal jig di takat tuhur...
Ikan Todak @ Berusak juga tertipu oleh Umpan Bodo Bodo
Ikan Kerapu juga menjadi mangsa umpan Bodo Boda...namun jika mahu lumayan hasilnya..digalakkan menggunakan soft plastik di takat kerapu..pasti lumayan...
G1
G2
G3
Gambar 1,2,3 ...Bb Gt sangat mudah tertipu dengan My Pebrettt Squit Jig Skirt ( Black Silver )

BB Gt ini kena cukai oleh Black Tie Shark ketika menghampiri bot

Inilah Umpan Bodo Boda yang saya DIY setelah bekalan utk Squit Jig sukar diperolehi..Squit jig yg ada didalam Pic sampai sekarang masih disimpan kerana sayang mahu digunakan...Berat Jig Bodo Bodo ini hanya 20g manakala Squit Jig pula 18g & 23g

Abang ni terjerumus dengan teknik jigcast dan inilah lesin Jigcast nya...
G4


G5
G6
G7 

G8
G9
G10
G12
Gambar gambar dari G4-G12 membuktikan umpan Bodo Bodo yg hodo sangat mujarab untuk memikat Bb Gt di Teluk Villa

SEMUANYA TENTANG MEMASAK

Sesi memasak merupakan satu aktiviti paling wajib saya lakukan bila turun beraksi di Bintuka. Tidak kira memasak maggi, ikan hasil pancing, udang umpan atau udang fress yang dibeli dari penduduk yang tinggal di Muara Maidin @ Mata Belanak. Bagi saya bila turun ke Bintuka, strikee bukan keutamaan ...keutamaan adalan asal turun beraksi.hasil kira belakang...tapi memasak satu ke utamaan saya sambil enjoy-enjoy. Sebab itulah saya akan sentiasa singgah di Mata Belanak untuk membeli udang Fress yang rasanya kita tidak akan jumpa di Pasar Ikan. Harga di sini masih murah..bayangkan udang sebesar Ibu Jari orang dewasa masih sekitar RM20-25 sahaja...berbanding di Pasar antara RM30-40 ...Jika nasib baik boleh dapat RM16-18 sekilo jika kena musimnya. Dulu saya menggunakan Lilin tentera bersama tambak ...mudah dibawa kemana-mana, kini saya menggunakan Kit Memasak kecil bersama gas di Tong kecil....Biasanya sebelum jalan  bahan memasak seperti bawang,Lada, Serai, Halia, Garam dan Tuan Haji No Moto akan saya sediakan lebih awal takut tertinggal....begitu juga dengan Belanga Kecil manakala Kit tentera sentiasa didalam Box takut dapur tidak berfungsi...

 Ikan fress besapak umpan ...kehhhhh...Kenangan Bersama Sipo Kamal Kupun dan Hajeul Apal
 Trip Solo masak Udang dan Maggi
 Udang Umpan yang besar jangan digunakan utk umpan...baik dimasak
 Maggi kari sentiasa ada dalam Box Doremon Ku...kalau tiada mahu dimasak...maggi jadi penyelamat
 Beginilah memasak diatas Bot...mesti ada papan 
 Udang yang dibeli di Mata Belanak...



 Fress...tiger pun ada...ini baru RM15 ringgit...klu makan direstoran....berapa yg perlu dibayar
 Kenangan bersama IR setelah lama beliau berehat...enjoy enjoy saja kami
 Belanga Outdoor sentiasa ada didalam Box bersama lilin tentera...untuk Back Up andai kata Belanga utama dan gas  tertinggal atau habis




 Kenangan Bersama Dr Jazlan...masak waktu mahu ribut....
Masak guna dapur khas lebih selamat berbanding guna Lilin tentera...

LIGHT POPPING

Salam semua, rasanya terlalu lama sdh saya tidak Up date Blok TOB ni...bukan apa ...kata laluan terlupa...serta sibuk urusan kerja membuatkan saya sukar untuk mengupdate, senyap bukan bererti tiada aksi...atau menapuk ( menyembunyikan)  hasil tetapi jauh dari itu memang saya sangat suka berkongsi hasil dan pengalaman dengan semua kaki kaki pancing untuk membakar semangat agar terus mencuba teknik yang telah lama diperkenalkan kepada kita. Kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan2 yang tentang teknik POPPING.Kali ini saya akan berkongsikan aksi Light Popping dipadang sasar saya.


Pasti semua kaki pancing  mengetahui tentang teknik ini, cuma jarang mempraktikkannya ketika turun kelaut.Mungkin lebih berminat Micro & Light Jigging atau Bottom. Bagi saya yang tidak mempraktikkan teknik Bottom, saya lebih gemar menggunakan umpan palsu ( Jigskirt,Jig,Popper & Lure ) jika turun ke laut di sekitar Kota Kinabalu.


Bagi saya popping antara teknik yang amat berkesan untuk menipu GT dan kekadang Barracuda juga akan tertipu dengan teknik ini. Berdasarkan pengalaman popping memerlukan ernegy....jadi dinasihatkan agar mengambil sarapan sebelum Popping atau membawa makanan...pasti anda akan cepat lapar dan haus jika popping berterusan.

Berdasarkan pengalaman, GT lebih kerap menyambar popper jika anak anak bilis banyak dipermukaan dan waktu terbaik memburunya adalah di awal pagi dan petang namun ini bergantung dengan pasang surut...jika air terlalu surut dan tinggi pasti sukar untuk memburu GT. Biasanya bila laut bergelora...waktu ini lg lebih afdal...tapi amat sukar untuk melakukan aktiviti popping...namun ada teknik lain yang digunakan...Jig Cast...Ini berdasarkan pengalaman setahun jagung saya.


Jika ditanya apakah warna Popper Kegemaran saya dan rakan saya Mr Rino..pastinya Silver dan Red Head yang kami anggap Lagend menjadi kegemaran kami.








( Gambar On Line )
Jenama Popper kegemaran kami pula adalah jenama Hinomiya yang telah lama wujud tetapi tidak laku kerana jenamnya Hinomiya dan murah...saya berpandangan jauh...dari tahun 2008 saya mula mengumpul Popper ini kerana saya anggap ia Popper Ekonomi yg saya mampu, akhirnya banyak  stok yg saya ada..bila Popper ini sdh tidak dikeluarkan ramai yg mencarinya...saya tetap yakin popper murah tetap juga akan strikee.

Ted Head memang Lagend ( Gambar On Line )



Jika ditanya apakah rod yang sesuai untuk Light Popping...Bagi saya rod popping mesti disesuaikan dengan padang sasar tpt kita beraksi serta berat dan sais popper yang kita gunakan. Untuk aksi Light Popping, Saya lebih suka menggunakan rod Costom sendiri  Pe1-1.5 sahaja, ia tidaklah terlalu keras dan boleh menyentap popper dengan baik kesannya popper boleh mengeluarkan bunyi ketika diaksikan. Manakala  bagi saya, Popper bersais 4 inci - 12 inci ( 18g-32g ) adalah yang sesuai untuk aksi Light Popping. Bagi line utama pula saya suka menggunakan Braided Ekonomi 20lbs kerana lebih lancar bila popper dilontarkan manakala Leader 40-50lbs.

 Port permainan saya bukanlah tempat yang dalam...Gt gemar meronda dikawasan  takat cetek berbatu menunggol dan berpasir untuk mencari makanan...bila anak bilis halus banyak..masa inilah masa terbaik memburu GT..Disember - Mac adalah waktu paling meriah

Inilah sahabat saya bila Popping Mr Rino...beliau sangat garang dan kasar bila main popper tetapi tewas juga bila dirumah...keh keh keh