TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TeamOmbakBiru:Penutup 2010 (Memburu Kurau )22.12.2010

Ini merupakan trip penutup ke Bintuka untuk 2010.Matlamat kali ni adalah memburu kurau. Trip kali ni difokuskan di lubuk Balingkatak yang mana sebelum ni ahli Team berjaya menaikkan kurau3.2kg ,4kg, 4.5kg & 5.5 kg.Namun matlamat ini tidak tercapai kerana kurau tidak sudi menjamah umpan udang hidup & mati yang kami sajikan.Keadaan ini berlaku,berkemungkinan air terlampau surut sehingga beting pasir di Balingkatak nampak seperti sebiji pulau.Namun ini tidak mematahkan semangat kami dan tahun hadapan akan diapil lagi secepat mungkin.
Titir ni lumrah biasa di Bintuka
Bb Tetanda ni boleh lah untuk di Goreng

Ini pun ok juga kalau banyak

Ikan Putih sais ni memang banyak di muara Maidin tapi kenapa hari ni kurang Kerapu ni semakin sukar untuk diperolehi


Lumrah bias,kalau di teluk Villa, KK inilah sasaran utama namun di Bintuka Mj,Selungsung @ Kurau jadi sasaran utama

Team Ombak Biru :Casting Di Sg Mandahan ( 19.12.2010 )

Trip casting di sg Mandahan ni diatur oleh Saudara Osman dari Team Lempayun.Ini adalah trip pertama ku casting dengan Beliau untuk 2010.Turut serta kali ini ialah Cikgu Faisal dari Membakut yang merupakan seorang kaki pancing lama.Aku terpaksa datang lambat kerana Mama ku meminta hantar ke Tamu Papar.Jam 7 pagi baru ku sampai di muara Mandahan & setiba ku,ku lihat mereka berdua sedang menolak bot ke gigi air.Setelah selesai menolak bot,tiba giliran ku pula mengangkat enjin...nasib baik 8hp saja kalau 15hp kepisan jua.....Kami memulakan sesi casting dengan membuat tundaan ke muara sg mandahan.Setelah 2 pusingan lure keramat si Osman terus disambar Badukang.Kami membuat satu pusingan lagi dan kali ni lure keramatnya disambar kerapu pula.Aku dan cikgu Faisal hanya mampu berserah...hehehehe
Syukur....akhirnya berjaya jua ku menaikkan Emas Putih ni walaupun beratnya hanya 1 kg lebih
Setelah tiada sambaran di muara,kami memulakan sesi casting di Bangkar yang menjadi port panas sebelum ini namun tiada sambaran.Lantas kami berpindah ke bawah jambatan keretapi,namun keputusan tetap sama.Sesi diteruskan dengan kaedah tundaan ke arah jambatan utama,namun keputusan tetap sama,tiada sambaran.
Lantas kami mengambil keputusan untuk casting semula ke Bangkar,namun tiada jua sambaran.Lalu kami mencuba sekali lagi kaedah tundaan ke muara.Setelah beberapa pusingan si osman terpaksa memberhentikan bot kerana gewangnya berkelahi dengan gewang cikgu Faisal.Ketika mereka sedang meleraikan pergaduhan gewang mereka,lure ku disambar terus oleh selungsung ketika aku sedang mengulung line untuk menaikkan lure.

Baduk 1

Manakala Lure cikgu Faisal menjadi kegilaan Sang Badukang,apa tidaknya 2 kali beliau berjaya menaikkan Sang Baduk dengan gewang yang sama

Baduk 2

Team OmbakBiru : Casting Di Sg Beringgis,Papar(18.12.2010 )Bapa Unggah Gugur Kedalam Sungai

Trip Casting di Sg Beringgis,Papar ini diatur oleh adik ku Dahali.Kami fikir bot sewa Hj Yusuf ni sudah siap sedia untuk digunakan ,rupa-rupanya kami menjadi mangsa.........Kami sampai seawal jam 6 pagi,Bot & enjin yang akan kami gunakan masih lagi tersadai didarat tanpa kipas & Hj Yusuf seawal pagi sudah pergi ke rumah anak buahnya untuk mengambil kipas enjin bot tersebut.Jam 7.30 pagi baru Hj Yusuf muncul & terus memasang kipas tersebut & kami terus menolak bot ke sungai.Macam mahu patah pinggang ku rasanya menolak Bot besar berinjin sangkut 30 hp ni.Selesai satu masalah.....Timbul pula masalah baru,enjin sangkutnya tidak mahu hidup....terpaksa pembantu Haji datang membantu & akhirnya enjin berjaya dihidupkan.Lantas pembantunya membuat pacutan untuk mencuba kestabilan enjin tersebut ,nampak gaya enjin tidak stady,beberapa kali mati dan sukar untuk dihidupkan dan akhirnya mereka tiba semula ke jety dalam keadaan enjin yang seakan-akan tiada bermasalah & masih hidup.Apalagi hati yang sudah tidak kesabaran,memasukkan semua senjata & kelengkapan untuk terus beraksi.Memang SOI....bila enjin tiba-tiba mati.....aku cuba menghidupkan,namun aku terpaksa mengalah,pembantu Haji juga tidak mampu untuk menghidupkan enjin tersebut & akhirnya Hj Yusuf terpaksa memanggil saudaranya untuk meminta bantuan dan akhirnya jam 9.30 pagi barulah segala masalah dapat diselesaikan
Pembantu Hj Yusuf sedang berusaha menyelesaikan masalah enjin ini
Bila sudah tidak larat,Saudara Hj ini datang untuk membantu & syukur beliau sangat berpengalaman dalam soal enjin sangkut.Apa yang menjadi masalah adalah Caborator enjin ini telah di buka oleh seseorang & bila dipasang semula ada komponan dalam caborator yang terbalik dipasang yang menyebabkan minyak petrol bertakung didalam caborator & setelah di Servis,enjin ini terus hidup bila distat.
Wan Gendut tidak membuang masa Cast,cast,cast.........
Dahali bergaya dengan Unggah...........Bikin Panas
Lubuk pertama yang kami lawati,Sauh kesayangan ku terpaksa ditingalkan kerana menyangkut di celah-celah batu
Ada sebiji bot KATAMARAN belabuh di Beringgis ni
Bot mewah pun ada..
Hasil pertama cast dari bot yang kemudiannya dilepaskan
Hahahahaha....bapa unggah jatuh dari bot.Gara-gara mahu menyelamatkan gewang yang tersangkut diatas ranting bakau,dahali jatuh kedalam sungai.Geli hati ku melihatnya berpaut di dahan bakau yang patah sambil menyelamatkan kailnya & marah bila kan ku gambar.Habis hp,sigup rosak dan cerminmatanya hilang.Bila ku sukat dengan rod 6 kaki rupa-rupanya dalam pula sungai tu,nasib baik ndada si kawan tu mun inda memang laju ia naik ke Bakau...hahahahahah.
Lepas terjatuh inilah rezeki nya....
Bangkar yang kosong
Sewaktu trolling ada sekawan pelajar-pelajar dari OutBourn School sedang berkayak terpaksa lah kami berhenti dan misi kami tamat jam 3 petang.Boring casting disungai ni baik di Bintuka biar 2 hari nda bosan

Sulaiman & Si Ampulur Semakin Bermaharajalela Part II.

Al Kisah Sahabat-sahabat ku yang semakin menjadi-jadi sejak cuti sekolah ni.Mentang-mentanglah cuti sekolah berabis tah kamu mengail sampai lupa kamu sama anak bini dirumah.Sulaiman dengan aksi Bottomnya & Si Ampulur semakin bermaharajalela di lubuk..........Si Otok dengan Lurenya
Sulaiman semakin tegar mengail Udang.Kail yang betangas dalam stor selama hampir 3 tahun dikeluarkan semula dari stor petapaan semata-mata untuk menaikkan Jerangkung Sungai Bongawan.Gambar ni dihantar sehari selepas kami ke Bintuka....Memang sejak kebelakangan ni Sulaiman semakin Sukses dengan hasil-hasil yang luar biasa......Kalau mau jumpa beliau...cari saja di Muara Bongawan,pasti ada disana .....lupa sudah dia lepak di Kedai...heheheheh
Ini dia sahabat ku yang semakin menjadi-jadi di Lubuk si Otok.Gambar terbaru kelmarin ( 13.12.2010 ).Jam 5.45 Si Ampulur sudah terpacak dilubuk Si Otok bersama Si Otok ( PTI ) yang semakin kencang tahap castingnya.Apa tidaknya,kami dapat Gt 1.5 kg kebawah ,dia dapat Gt 2 kg keatas.Yang bikin panas lagi.....gewangnya sebiji saja.....Gewang ekonomi lagi tu,gewang itulah yang membuatkan GT menangis .Gt ni Si Ampulur dapat jam 6.30 am kelmarin

Ini pula Mj Belakang Airport.Lesin Mj pertama Si Ampulur.Nda beranti Si Ampulur ni menaikkan mangsa sejak 2 minggu ni.


Kerapu ni juga beliau naikkan di Belakang Airport,Kk.Keesokkan harinya diapilnya lagi,dapat lagi seekor tapi tidak digambarnya.Apa-apa pun tahniah untuk mereka berdua....aku rehat dulu


KURAU penutup Trip Ke Bintuka 2010(5.12.2010 )

Kesibukan kerja membuatkan aku tenson gila,bermula kursus 2 hari,meting sehari di Pejabat ,lepas tu terbang ke Kl untuk meting disana 3 hari.Tenson ku bertambah tambah gila apabila Sulaiman & C Ampulur menghantar gambar-gambar ikan yang berjaya mereka naikkan dikala aku & Snek berada di Kl.Paling tenson lagi apabila c Ampulur, c Sudin,m Mimit & c Pajil berjaya menyerbu lubuk c Otok dengan perkhabaran paling panas dengan Gt 2.5 & 2.8 kg.Ini membutkan kepala otak ku jam terus.Ini membuatkan aku tidak sabar mahu beraksi,alhamdulillah tangal 5.12.2010 trip terakhir ku mungkin....untuk 2010 ke Bintuka terlaksana dengan jayanya bersama rakan setia Snek & Sulaiman.Pada asalnya kami mahu menggunakan bot no 9,namun terpaksa ditukar dengan bot no 2 kerana bot no 9 ada masalah.
Trip kali ni kami mulakan dengan acara mencari selingsung di Lubuk Yu,namun bayangan selungsung pun tiada,hanya Cik Putih sahaja yang sudi menjamah umpan ku.Lantas kami terus berpindah ke lubuk kerapu batang,hanya anak-anak tetanda sahaja yg sudi menjamah umpan kami.Apabila tiada senytuhan kasar,kami berpindah ke lubuk tempat c Ampulur melabur,namun tiada juga hasil.Lantas kami memulakan aksi trolling ketika keluar dari sungai tersebut dan hasilnya seekor barracuda sudi menjamah Lure Harimau Belang c Snek.
Snek memberanikan diri turun dari bot semata-mata demi Harimau Belang berharga Rm 34 ringgit.Nasib baik kaki mu masih ada Snek.....
Oleh kerana kepala sakit,aku mengajak Snek & Sulaiman untuk berteduh seketika di Tepi Bakau yang redup sambil melelapkan mata di Mata Belanak.Namun pandangan mata ku tertarik dengan lure merah yang sedang hanyut dibelakang bot.Aku memberitahu Snek...yahoooo rezeki....Hot Tiger....lantas Snek menoleh-noleh mencari gewang Harimau Belangnya...rupanya-rupanya Hot Tiger snek yang digantungnya ditepi bot jatuh ketika dia menurunkan sangkar umpan& Apabila kami mahu mengambil gewang tersebut,gewang tersebut sudah jauh memasuki kawasan nipah dibawa arus & terpaksalah Snek turun untuk mengambil gewang tersebut

Hahahahah.....Dapat juga kau akhirnya Harimau Belang.
Selepas dari mata belanak,kami berlabuh di Lubuk Maidin,disini ikannya memilih tuan,hanya sulaiman sahaja yang mendapat sambaran kasar yang mengakibatkan perambut 50lbsnya putus.Selepas itu hanya dia juga yang mendapat ikan dilubuk ni,aku dan snek hanya jadi penonton.....bikin panas.


Sekadar untuk kenangan
Selepas makan,kami terus ke lubuk Balingkatak sekitar jam 2 petang.Disini lah aksi cemerlang sulaiman dan aksi gemilang snek dirakamkan.Kurau 4.1 kg menjadi habuan Sulaiman dan Kurau 5.5 kg menjadi rekod peribadi Snek di Bintuka dan aku hanya mampu jadi penyauk kurau dan camera man untuk Sulaiman & Snek.....inilah yang dinamakan rezeki masing-masing,walau pun umpan sama namun rezeki..........

Kurau ni akan menjadi kenangan terindah Sulaiman untuk 2010 selama Trip ke Bintuka.Lebih indah lagi aksi cemerlangnya dapat dirakam oleh Snek

Sekadar untuk Kenangan

Kurau 5.5 kg ini juga akan menjadi memori terindah Snek selama mengikuti aku ke Bintuka.Lebih manis lagi apabila aksi gemilangnya dapat ku rakamkan sebagai kenangan abadi


Apa-apa pun aku tetap gembira kerana ini merupakan kurau paling besar yang pernah kami naikkan di Bintuka.Lepas ni pasti pembukaan tirai 2011 akan dibuat seawal mungkin.....Good Luck for TOB....4ever

Sulaiman untuk kali ke 2 membawa bot.....pastinya lepas ni,sulaiman akan berani menyewa bot bersendirian untuk memburu Kurau Bintuka

Sulaiman & C Ampulur Semakin Bermaharajalela Cuti Sekolah ni

Al Kisah ahli TeamOmbakBiru dua orang ni C Sulaiman & C Ampulur yang semakin bermaharajalela bila cuti sekolah ni.Mantang-mantang lah aku & Snek sibuk seminggu dua ni kamu hantar lah gambar-gambar bikin hati ku gundah gulana.Apa-apa pun syabas & tahniah untuk sahabat-sahabat ku dua orang ni....kamu tunggu aku beraksi semula....aku di KK sudah Yahooooooooooo
Hasil terbaru Jm 8.00 am tadi dilubuk c Otok
Hasil Pertama dilubuk c Otok yang membuatkan c Ampulur sentiasa terigau-igaukan lubuk ni.Gambar Buntal & Anak Tambung nda dapat disiarkan Ampulur atas sebab tertentu

Hasil malam semalam dilubuk Sungai Mati Bongawan,kerapu Batang 4 kg.Jm 10 malam sewaktu aku & snek di Kl tiba-tiba sampai gambar ni melalui MMS.bikin hati kami semakin gelisah & tidak sabar mau pulang ke KK

Ini lagi satu hal,sewaktu diAirport datang lah gambar ni....aduh....bikin sakit hati....

Ini lagi bikin panas....tengah aku mitting dengan isu-isu panas...gambar ni lagi datang....apa lagi PANAS....mata ku melihat gambar ni....gewang tu aku mcm ku kenal Man.....

Hasil kazanah sungai Matabawan,Binsuluk