TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CASTING RAMADAN III ( 19 & 20 OGOS 2011)

Minggu ni sekali lagi aku beraksi bersama si Rinno di Lubuk Gt dengan menggunakan Bot Abang Ahmad. Matlamat utama kali ni adalah untuk mencari anak-anak Gt yang mana minggu lepas aku telah merasa serangannya tetapi rabut. Kali ni kami bergerak lagi awal, berdasarkan pengalaman ku, GT lagi suka menyerang mangsa di awal pagi. Kami tiba di Lubuk GT sekitar jam 5.30 pagi dan kami terus Popping. Lubuk pertama yang di kunjungi tidak memberi sebarang tanda tentang kehadiran Gt lalu kami berpindah ke Lubuk GT ke 2 dan disinilah baru beberapa kali melontarkan Popper Murah ku , lontarkan sudah disambut mesra oleh GT dan ini menaikkan semangat kami untuk terus Popping .Alhamdulillah...Renew Lesen Popping. Rinno yang bersemangat akhirnya juga berjaya menaikkan BB GT.... apa yg penting kau sudah Renew Lesen Popping mu Rinno.

Pagi ni, cuaca agak mendung dan kami di basahi oleh hujan gerimis diawal pagi. Hari ni memang GT banyak bermain di lubuk ni. Popper ku mendapat sambaran sebanyak 4 kali namun satu pun tidak lekat. Paling best apabila melihat Si Rinno melayan GT besar...memang bukan rezeki, jika minggu lepas Monster di percayai Selungsung meluruskan mata 3 dan kali ni mata tiga rabut dari mulut GT. Mengeletar tangannya apabila apabila Popper naik ke hujung kailnya. Keesokkan harinya aku beraksi solo dilubuk yang sama, namun tiada sambaran GT mungkin keadaan laut yang beralun dan berbunga lapang ( ombak pecah akibat tiupan angin ) menyebabkan GT tidak aktif .


GT 1kg lebih ni sudah cukup memberi tentangan. Lihatlah matakail VMC dan cincin Rosco 20lbs di belakang...hilang akibat rontaannya
Masih gelap sudah dapat GT...syukur



Yang penting aku sudah renew lesen Lan...itulah perkataan yang paling awal si Rinno luahkan selepas menaikkan BB GT