Trip kali ni merupakan siri 3 in 1 setelah hampir 2 bulan tidak menjejakkan kaki ke Bintuka, kerana banyak masalah yang tidak diingini berlaku. Ini pun sekadar trip untuk membawa rasa hati setelah trip laut dalam terpaksa dibatalkan kerana ada amaran ribut tropika. Pada kali ni K.O.B bersama Sulaiman ditemani oleh pendatang baru dalam arena casting iaitu Acai. Niat dihati mahu mencari selungsung yang dikatakan banyak berada dilubuk rahsia T.O.B dan menurut Hj Kumit tempat tu sekarang ni sangat sesuai kerana keadaan air yang sangat tinggi. Berbekalkan umpan udang hidup kami terus ke lubuk tersebut dan kail si Acai paling awal di sambar Monster sehinggakan kailnya terpelanting namun mata kain tidak mengena. Sambil menunggu umpan disambar, kami ligat melontarkan gewang dicelah-celah nipah dan waktu ni lah gewang si Acai putus dan terapung dan apabila aku menghidupkan enjin untuk mengambil gewang beliau....masalah terus timbul, enjin bot tidak mahu hidup dan setelah beberapakali distart....staternya pula jam....masalah besar. Nasib baik ada line telepon dapatlah aku menghubungi Hj Kumit dan memberi tahu kedudukan kami. Memandangkan air pasang dengan laju, kami mengambil keputusan untuk casting mengikut arus dan setelah hampir 2 jam berhanyut sambil casting dengan panas yang terik kami mengambil keputusan untuk berehat sambil menunggu bantuan dan akhirnya jam 9 pagi makenik Hj Kumit pun sampai dan menganti statre dan plug. Setelah masalah enjin selesai kami mengambil keputusan untuk terus ke lubuk Hj dan setiba disini kami terus melabuhkan umpan dan setelah tiada sambatan kami bercadang untuk terus ke muara dan sekali lagi malang menimpa kami, enjin bot tidak dapat dihidupkan....bikin panas dan nasib baiklah ada 2 orang caster sedang trolling didalam sungai tempat kami terkandas dan dengan pertolongannya kami selamat ditunda ke jety sekitar jam 12.000 tengahari. Namun sebelum tiba di Jety sempat lagi tukang tunda membawa kami sesat didalam laluan mati,. Namun usaha merka menunda kami berbalui apabila kami membelanjanya Minyak Bot untuk menganti minyak mereka.....Nasib baik di Jey ada bot N0 7 yang tidak digemari dan inilah penyambung aktiviti kami....dan kami memutuskan untuk terus ke kawasan kolam untuk casting........
Stater injin ni Jam dan dipercayai springnya patah
Bantuan akhirnya tiba, Beliau ni merupakan makenik mahir dan tahu serba serbi tentang masalah enjin bot
Sesi menunggu bantuan dipenuhi dengan acara bottom setelah acara casting tidak berhasil
Bantuan akhirnya tiba, Beliau ni merupakan makenik mahir dan tahu serba serbi tentang masalah enjin bot
Sesi menunggu bantuan dipenuhi dengan acara bottom setelah acara casting tidak berhasil
Siap saja masalah kami terus ke lubuk Haji
Macam biasa payung jadi penyelamat ketika panas terik
Masalah lagi...nasib baik ada bot sudi menunda ke jety
Hahahahaha....tuan tanah pun boleh sesat.....laluan semakin sempit.....
Sengsara bila bot yang ditunda sentiasa menghampiri ranting kayu....terpaksa tunduk
Trafik Jam...air terlalu tinggi menyebabkan bot yang membawa bakau ni tidak dp melalui bawah jambatan dan terpaksa memberi kami ruang
Sangsara kami terpaksa tunduk dibawah jambatan ni
Tidak pernah-pernah kami makan tengahari di jety Hj Kumit ni....apakan daya sudah suratan
Makan sajalah man walaupun tidak sesedap diatas bot
Meneruskan perjuangan dengan bot no 7
Setelah sesi casting di kawasan kolam tiada sambaran dengan keadaan arus yang sangat laju, kami berehat sekitar jam 3 di kawasan anak sungai dan akhirnya sulaiman berjaya menaikkan ketam....sekurang-kurangnya kau nda kumpau man Waktu balik aku menyuruh si Acai mengemudi bot untuk balik kejety....ada bakat lepas ni boleh sudah kau bawa Sulaiman ke bintuka Chai