TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Team Ombak Biru: Trip paling Malang

Trip 14.2.2011 merupakan trip paling Malang selama T.O.B turun ke Bintuka.Awal-awal pagi sudah malang, apa tidaknya Bot yang sudah ditempah awal No 3 dan di kompomkan sebelum jalan telah ditukar Oleh manusia yang bernama SELINGSING dan kami terpaksa pakai bot No 6.......betul-betul menguji kesabaran kami.Sabar saja lah....No 6 pun no 6 lah....Baru limpas jambatan Bot no 6 buat hal....Kondem pula Bot ni...terpaksa patah balik ke Jeti.Mekinik terpaksa dipanggil untuk memperbaiki caborator enjin yang tersumbat.Namun nasib bertambah malang apabila skru caborator enjin pula yang patah dan menyebabkan caborator tidak dapat dipasang semula dan ini membuatkan Hj Kumit cuba menghidupkan enjin bot no 13 dan nampaknya ada sedikit sinar apabila enjin bot no 13 dapat dihidupkan.....waktu ni sudah jam 8.30 pagi dan semangat casting ku pun sudah luntur.Untuk menjimatkan masa aku yang sebelum ini merancang untuk casting ke Sg Menumbuk bersama DinCaster & Lempayun terpaksa membeli sedikit umpan udang hidup yang kebetulan ada berhampir Jeti Hj Kumit.Jam 8.45 kami bertolak ke Kawasan Kolam pertama dan sampai di seleko pertama enjin Bot 13 mati kerana sambungan cabel ke Plug terputus & masalah ini dapat diselesaikan.Sampai diseleko ke 2 masalah sama timbul semula namun dapat diatasi ...tapi bila sampai diseleko ke 3 kesabaran ku benar-benar tergugat.....apabila masalah sama timbul semula...aku geram dan cabel tu ku potong dan ku sambung sama ..........padan muka kau enjin....terus tiada masalah ........
Namun itu hanya penipuan sementara......Bot 13 ni......apabila sampai ke kelam No 2, dia mula buat hal, susah dihidupkan. Setelah dapat dihidupkan aku mengajak Sulaiman Untuk casting sepenuhnya kerana ikan tidak galak memakan umpan hidup dan ini dipersetujui oleh sulaiman dan kami mengambil keputusan memasuki anak sungai di hadapan kolam kedua dan setelah berada didalam anak sungai disinilah Iman ku benar-benar luntur.....Apabila enjin langsung tidak mahu dihidupkan.....aku yang geram apa lagi ku belasah enjin tu pakai pendayung.....

Oleh kerana didalam anak sungai tu tiada line telepon, kami terpaksa berdayung keluar, namun bedayung ketika air pasang merupakan satu penyiksaan. Nasib baik ada bot lalu dianak sungai tu dan bot tu lah yang menunda kami ke Kolam ke 2.Di Kolam ni aku dapat menghubungi Hj Kumit dan memberitahu kedudukan kami dan masalah Bot mati dan ststernya telah putusdan lepas itu baru kami menghubungi Din Caster dan aku terus meminta pertolongan dengan c Din jika dia menanggap kami saudara.Rupa-rupanya cepat dia bertindak...inilah yang dinamakan SAUDARA kalau susah sanggup tolong....heheheheh

Paling best waktu ni...konon-konon mau casting berhanyut mengikut air pasang...rupanya-rupanya angin terlalu kuat menyebabkan perahu kami hanyut semula dan ini membuatkan kami mengambil keputusan untuk terus berlabuh ditepi sungai sambil menunggu bantuan Dinn Caster & Si Lempayun.

Mulut Sulaiman memang masin, sebelum terdampar ni, dia bertanya adakah bekalan kita cukup untuk 4 hari,mana tau bot ni bermasalah......betul jua mulut mu tu man, nasib baik kita masih hampir dengan kawasan Kolam, kalau di Bengkaduan, 4 hari kita didalam anak sungai kebuluran baru kana jumpa oleh Hj Kumit

Jam 2.30 Dinn Caster sampai dan terus menunda kami ke Kawasan Kolam Pertama dan barulah aktiviti casting kami berjalan semula.Namun hanya seekor sahaja kerapu yang berjaya dinaikkan oleh c lempayun

Setiba dikolam pertama jam 4 petang,Hj Kumit datang bersama Makeniknya untuk mencari kami dan alhamdulillah setengah jam diperlukan untuk memperbaiki masalah enjin ini.Bila enjin bot sudah dapat dihidupkan....kami casting semula, namun dapal perjalanan pulang kami singgah di Sangkar Ikan sebab melihat si Dinn & Si Lempayun Singgah disana, aku apa lagi...casting lah semula......mana tau ada rezeki terakhir....rupanya-rupanya bila hendak mengejar si Dinn , Enjin ni langsung tidak mahu dihidupkan semula.....


Nasib baiklah Bro Suhairi ada di belakang,terpaksalah dilambai untuk meminta bantuan TONTO ke Jeti.Untuk makluman Bot No 8 yang digunakan oleh Bro Suhairi juga mengalami nasib yang sama namun ia tidak seteruk enjin no 13. Terima Kasih kepada semua yang sudi menolong kami .Jadi kepada rakan-rakan yang kerap turun ke Bintuka jangan lupa Belajar tentang nama -nama sungai,anak sungai atau kedudukan sungai serta tanda-tanda yang membolehkan rakan anda atau Hj Kumit mengesan anda jika anda mengalami masalah bot.Yang paling penting anda harus tahu nombor Hj Kumit dan kawasan-kawasan yang ada Line telepon.Peristiwa malang ini boleh terjadi bila-bila masa sahaja , namunPeristiwa malang ini langsung tidak melunturkan hati kami untuk terus berkunjung ke Bintuka dan ini merupakan asam garam Bot Sewa Hj Kumit, jika mahu ke Bintuka pastikan anda sudah bersedia dengan cabaran ini.Sekian .......


Team Ombak Biru : Cast Bersama Neal Snekhead Hunter

Trip bersama Neal Snekhead Hunter pada 5.2.2011 merupakan satu kolabalarasi tanpa dirancang.Pada asalnya saya mengajak adik saya untuk turun casting di Bintuka sempena cuti tahun baru cina. Namun beberapa orang rakan yang lain juga tidak mahu mensia-siakan cuti tahun baru cina dan ingin turut serta pada trip ini.Antara rakan-rakan caster yang turun serta ialah Ampulur,Saur,Badul,Pisang,Dahali,serta dua ahli baru ia Neal & Raimy yang pertama kali casting di Bintuka.Syukur alhamdulillah Neal dapat merasakan tarikan pemangsa begitu juga dengan si Raimy.Malah pada trip kali ni Dahali & Saur juga berjaya menaikkan Selungsung manakala si Badul selungsung Besar rabut apabila mata kail TDD9 tekangkang ketika menghampiri bot.Tahniah kepada semua dari saya K.O.B

Tropy untuk Neal.Tarikan Kerapu ni disangka Mj.Tahap melawan yang tinggi menyebabkan ia sempat singgah kedalam pungkar yang ada didasar sungai.Namun setelah beberapa minit aku dapat menaikkan kerapu ini apabila ia keluar dari kubunya. Ini dinamakan kerjasama, kedua-dua kami dapat merasakan tarikan kerapu ini
Hasil Paling Cantekkk...Lena tidur mu Neal tapi rindu mu sama Bintuka pasti menjadi igauan
Hasil paling biasa sekarang ni di Bintuka...Kerapu Batang
Kau memang bertuah Neal,hasil kedua ni pun hanya lubuk di Tanjung Aru sahaja yang dapat melawan
Gewang Storm Hot Tiger semakin sukar diperolehi
Inilah buah pelik yang menjadi tanda tanya Neal

Aku kena sumpahan si Pisang
Pisang & Ampulur juga sukses

Pertama kali turun terus dapat BB Selungsung dengan teknik Gilabayi

Mj tunggal pada trip kali ni

Inilah ikan yang setatusnya sama dengan Badukang....hati-hati jika membeli ikan ni dipasar

Trip bersama Pak Martua

Trip tahun baru Cina diatur semata-mata ingin membawa martua & biras mantua ku merasai nikmat pemandangan indah sungai bintuka yang sudah lama mereka tidak kunjungi.Walau pun kedua-duanya penududuk asal Bintuka.Bayangkan mantua ku sudah 12 tahun tidak sampai ke Muara Bintuka,terakhir beliau turun ke muara Maidin,ketika turut membubu ikan pada tahun 1998 bersama aruah ayah mak martua ku.Malah paling tragis lagi beliau hanya pernah melalui sungai Bintuka utama ketika darjah 3,sungai utama ni terlalu jauh jika hendak ke muara maidin.Bila kami melalui sungai utama ketika pulang....banyak soalan yang ditanya kepada ku tentang sungai tersebut.....Walau pun hasil kurang namun aku macam biasa...stady saja....yang penting mantua ku GUMBIRA.....pasti trip ini akan menjadi satu kenangan & cerita indah kepada pak mantua ku untuk rakan-rakannya....
Biras Pak Martua ku....Beliau ni sudah masak dengan sungai-sungai & lubuk di Bintuka

Pak Martua ku....Stady saja

Ipar ku kali ketiga 3 turun ke sg Bintuka

Ketam Bakau disangka kayu ketika joran dipump,langsung tidak melawan....berat gilaBoleh buat topeng ketam ni sham
Hati-hati dengan sepitnya..ketam ni Monster

Gara-gara ikan menyelinap kedalam pungkar kayu,ikan tidak naik tapi batang bakau ni pula yang naik oleh joran ku....terpaksa tarik guna tangan oleh bot man

Nasib baik dapat anak umpak kalau tidak panas telinga kena sindir oleh mantua

Pertama kali menggunakan joran,dapat kerapu dan sembilang.....bukan main gembira mantua ku ni

Rekod Casting 3 Tercipta lagi


Selepas mencatat rekod casting untuk Mj & Selungsung di Tanjung Aru, kali in bulan calang-calang rekod yang di cipta Oleh C Ampulur di Tanjing Aru, Pari seberat 5.4 kg menjadi mangsa lure storm kirung-kirung kadalnya pada pagi jumaat 4.2.2011 baru - baru ni.Hebat rekod mu ni ampulur, bukan pari yang menyambar gewang mu tapi gewang mu yang menyambar pari.Menangis pari tidur kau Hook up,Hebat ..... Kau cipta lagi Rekod yang tidak mungkin akan di Pecahkan lagi oleh rakan-rakan caster d kk ni.Jangan -jangan kau menuntut ilmu sama c OTOK ni.Jangan saja lepas ni kau dapat Duyung di Tanjung Aru tu.....heheheheh. Apa-apa pun Tahniah

Penjagaan Peralatan Memancing Part 4

Dalam siri Penjagaan peralatan Memancing 4 ini, saya ingin berkongsi bagai mana cara saya menjaga peralatan terutama BC selepas saya gunakan terutama selepas balik dari muara yang kadar kuantiti air masinnya tinggi.Biasanya selepas balik dari memancing @ casting saya akan pastikan semua peralatan saya akan saya bersihkan dengan menyimbah air bersih dan selepas dikeringkan semalaman biasanya jika ada masa terluang saya akan terus menservis BC yang saya gunakan.Menservis peralatan merupakan satu kewajipan bagi diri ku,bukan apa ianya adalah untuk mempastikan semua peralatan ku sentiasa berfungsi dengan baik
Bc Revo khas untuk air masin namun jika tidak dijaga ianya juga akan hancur dimamah garam air masin & BC Team Seahawk ini rasanya memiliki kadar kualiti pembikinan yang tinggi dan mampu dibanggakan oleh Pengeluarnya
BC Team Seahawk ini sudah 2 tahun tidak pernah di servis oleh pemiliknya,dari awal pembelian tahun 2008 sehinggalah ia mengalami masalah tam barnya tidak tertolak bila pengingkulnya dikayuhkan.Perhatikan pada gigi gear, bahan hijau yang melekat pada gigi tersebut merupakan gris yang mengeras akibat terkena lelihan air masin.Apa yang membuatkan saya respec dengan BC Team Seahawk Snek ini ialah Kualiti Ball Beringnya yang sangat tinggi.Bayang Ball Beringnya tidak pernah diberi sedikit minyak mampu bertahan sekian lama tanpa sedikit karat.Jika BC Revo atau Abu yang lain pasti sudah dimamah karat Ball Beringnya jika tidak dibersihkan
Bila saya leraikan part ini,jelas sudah ada teritip tumbuh digiginya & ini memaksa saya mengikis teritip @ plug yang melekat pada gigi gear ini
Setelah dibersihkan bagilah gris khas untuk kekili di gigi gear dan bahagian-bahagian penting seperti penolak tam dan lain-lain
Ini pula gambar Bc Revo ku.Lihatlah pada lubang yang menempatkan Ball Bering Revo ni, ada cecair putih yang jelas disana.Cecair tersebut merupakan air yang bercampur dengan minyak.Jelasnya bahagian ini paling terdedah dengan air.Jika beraksi di kawasan muara pastinya Ball Bering akan berkarat jika tidak kita bersihkan.OLeh yang demikian selepas digunakan pastikan bahagian ini dibersihkan dan Ball Beringnya di titiskan minyak semula
Ball Bering di bahagian inilah yang paling terdedah dengan karat jika tidak dijaga & pastikan jika anda menitiskan minyak di Ball Bering dengan kadar yang sedikit & minyak yang digunakan adalah minyak yang cair seperti minyak singer atau minyak khas yang dibeli di kedai Pancing.Jika minyak pekat yang digunakan ianya akan menyebabkan kelajuan ball bering akan menjadi perlahan dan ini akan menyebabkan spoll tidak akan berpusing dengan laju sewaktu lontaran gewang dilakukan.
Ball Bering di bahagian ini kurang sangat terdedah & bahagian ini merupakan bahagian selamat untuk Ball Bering