TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CASTING RAMADAN II ( 13 & 14 OGOS 2011)

Dalam edisi casting ramadan II, Saya akan merupakan paparan aktiviti casting K.O.B bersama Rino di perairan Teluk Villa , Tanjung Dumpil dan Tembok Airport Tanjung Aru dengan menggunakan bot Abang Mat. Aktiviti casting kami bermula jam 5.15 pagi pada sabtu lepas, namun kehadiran kami di jety Teluk Villa disambut dengan tiupan angin yang kuat dan ini menyebabkan kami terpaksa menunggu sehingga keadaan cerah untuk mempastikan laut tidak bergelora. Pada masa yang sama ramai juga nelayan sambilan termasuk si Ampulur berpatah balik kerana keadaan laut diluar perairan Teluk Villa seperti di pulau suluk dan pulau dinawan tempat mereka melabuhkan pukat sangat bergelora. Bila keadaan cerah kami terus ke Batu Tengkorak @ Batu Berantai di depan T.Villa untuk memulakan acara casting kami. Namun tiada sambaran, lalu kami terus ke Tanjung Dumpil untuk Popping, dimana lubuk ni merupakan tempat permainan GT, namun setelah puas popping, hanya peluh sahaja yang menitis....GT nya ngak ada sudah Mas di lubuk ni, lalu kami terus ke Tembok Tanjung Aru untuk mencari Selungsung. Di lubuk n i memang berselungsung, kerana di lubuk nilah si Ampulur , Si Maker and the Gang berjaya menawan Selungsung. Namun setelah 2 jam casting di Tembok tiada satu pun antara gewang kami menjadi sasaran pemangsa dan akhirnya kami akur dan memulakan sesi Trolling di perairan Tanjung Aru dan hasilnya seekor berusak @ Todak berjaya didaratkan dan seekor lagi berjaya melepaskan diri dikala ia membuat aksi Layaran.Aktiviti trolling kami terpaksa dihentikan sekitar jam 10 pagi kerana lautan mula bergelora dan sangat merbahaya kepada nelayan-nelayan kecil.


Mr Rinno pertama kali casting di Perairan T.Villa


Keesokan hari nya, kami sekali lagi turun dengan semangat membara. Sasaran utama kali ni adalah Tenggiri konon. Seawal Jam 5.30 kami sudah berada diperairan Teluk Villa, dan kami memulakan aktiviti Casting dengan acara Popping di Lubuk Gt. Hanya sekali sahaja Popper murah saya kena sambar Gt di lubuk ni. Namun apa yang jelas kelibat Gt menyambar anak-anak ikan memang masih ada dan ini menandakan GT masih mengunjungi lubuk permainan mereka ini. Harap-harap tidak akan dipukat oleh si Ampulur...heheheheeh Jangan marah Ampulur.


Lubuk GT Tanjung Dumpil


Setelah itu kami terus ke Tembok dan baru beberapa kali pindah si Rinno sudah terkaran, seekor kerapu berjaya dinaikkan dan tidak sampai 5 minit sekali lagi gewang Zerek nya dibelasah kerapu yang lebih besar dan akibatnya mata kailnya terkangkang sedikit dan ini yang ditakuti oleh beliau. Namun apa yang ditakuti akhirnya muncul juga apabila Gewangnya sekali lagi disambar ganas oleh pemburu mangsa yang di syaki SELUNGSUNG yang membuatkan tali kail beliau mencurah-curah keluar ditarik pemangsa tanpa belas kasihan. Aku yang sudah bersedia dengan sauk akhirnya kecewa bila si Rinno mengeluarkan suara....aduhhhhhh lepas......dan bila gewang naik alangkah terkejutnya melihat kedua-dua mata tiganya lurus oleh pemangsa tersebut....belum rezeki kita lagi Rinno...

Hujan & angin diawal Pagi


Jam 9.30 pagi kami memulakan acara trolling dan hampir 3 jam mencari tenggiri di perairan Pulau Suluk dan Pulau Dinawan akhirnya kami akur tenggiri tidak kenal kami. Namu ketika balik ke Perairan Teluk Villa, kami terserempak dengan Bot Pakcik Ku ( Pakcik Wahid ) yang sudah berjaya menaikkan seekor Tenggiri di Perairan T.Villa. Aktiviti Casting Ramadan kami berakhitr sekitar jam 12.00 tengahari. Balik kerumah iman ku sangat-sangat terduga....anak-anak mengoffer ducth lady...aduh... Inilah akibatnya terlampau mengail nasib baik tidak bocor puasa ku...terpaksa mengira jam terasa sangat lama rasanya waktu mahu berbuka... Kepada Abang Ahmad, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi meminjamkan Bot. Sekian....Terima Kasih

Todak

Hari kedua, cahaya bulan menemani kami di perairan T.Villa

Kerapu pertama si Rinno

Kerapa kedua Si Rinno

Tiada belas kasihan. Harap-harap lepas ni gewang baru ku pula yang mengena