TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Semalam Yang Dingin-Bintuka Part 6(13-14 feb 2010 )

C pian kembali beraksi setelah 3 siri tidak dapat turun ke Bintuka dengan Baju Ranger Bintuka jenama Columbia PFG
Banar nya bini mu pian smart kau pian....akhirnya c pian mengistiharkan untuk berehat ke Bintuka

Snek paling rajin memasak....masak maggi cup sama kopi 3 in 1...

Trolling di Burabak...6 batang kail kami gunakan untuk trolling semuanya tidak dipandang oleh penghuninya

Rupa-rupanya selama ni kau memerhati man...bila saja disuruh bawa bot sulaiman tidak menolak terus dibawa walau pun tiada asas....Tahniah ... bakat dan boleh sudah jadi pembantu tekong dimasa akan datang kalau kau nda pencen muda...Moga kau nda jera man

Snek...Selamat tinggal Bintuka...Mengistiharkan diri untuk berehat 6 bulan dari mengunjungi Bintuka setelah kekeciwaan kali kedua

Jam 3 kami sudah berada di Rest House pak mertua ku dan makanan yang simple ni disediakan oleh isteri ku


Trip sehari semalam ni ku rancang sebulan lebih awal sempena cuti tahun baru cina bersama-sama Snek,Pian,Sulaiman,Dahali dan Saur dengan menyewa 2 buah bot Hj Kumit.Kami bertolak dari KK secara berasingan jam 12 tengahari kerana aku membawa isteri dan anak-anak ku untuk tidur di rest house martua ku dan sampai di rest house martua ku jam 3.30 pm.Jam 4.00 kami terus bertolak ke jety Hj Kumit dan terus ke kuala maidin.Semalam di bintuka banyak memberi ilmu kepada aku yang sebelum ini tidak pernah bermalam di Bintuka.Walau pun trip ini tidak sukses dengan apa yang dihajati tidak tercapai,bagi ku itu sudah lumrah sebagai kaki pancing dan tidak akan sekali-kali keluar perkataan MENYESAL atau JERA ke Bintuka.Bintuka memberi kepuasan kepada ku kerana ada kepuasan mengail disana....Tunggu kedatangan ku Bintuka 6 April ni



Unggah Sg Pengalat Besar

Raymee dengan MJ pertama
MJ Kedua

MJ Ketiga

Hari sabtu ( 13.2.2010 ) Raymee bersama Otai-otai pengalat besar memancing malam di Sg Pengalat Besar dan diorang berjaya menaikkan 3 ekor MJ dengan teknik bottom berumpankan udang hidup

Alu-alu sirip kuning Muara Petagas

Besar punya....alu-alu 4.2 kg


Duel yang ku gunakan rosak teruk akibat gigi alu-alu yang tajam

Peminat alu-alu
Aku dan Pian terus jadi perhatian oleh penduduk tempatan selepas alu-alu di daratkan
Menurut penduduk tempatan alu-alu sering mengejar ikan kembura@ anak belanak di muara sg petagas ni tapi belum pernah pemancing menaikkan alu-alu yang besar seperti yang ku dapat dan ini kira rekod lah ni.Tapi yang tidak syok casting di Muara ni....sungainya banyak sampah



PENJAGAAN YANG RAPI

Kalau sudah biasa pasti anda tidak risau untuk menservis sendiri
Gunakan gris khas untuk kekili kerana ia lembut dan jangan guna gris kereta

Pernahkah anda servis kekili anda ? Bagi KOB ini adalah amalan biasa untuk mempastikan kekili sentiasa lancar dan terhindar dari mamahan garam air masin.Bagi yang baru mahu belajar menservis kekili sendiri pastikan anda ada menyimpan panduan kerangka kekili yang disertakan didalam kotak sewaktu anda membeli kekili tersebut.Sewaktu anda membuka pastikan setiap skru dan bahagian yang ditanggalkan disusun diatas kertas putih seolah-olah dari angka 1 ke 10.Ini untuk memudahkan anda mengenal pasti part kekili tersebut semasa hendak memasang semula dan bila hendak memasang semula pastikan anda bermula dari bahagian terakhir yang anda buka seolah-olah dari angka 10 ke angka 1.Paling penting sentiasa prihatin tentang kedudukan dan jumlah wasir pada kekili.Selamat menservis kekili sendiri dan jangan biarkan kekili anda menjadi kisaran kopi kerana sikap malas

OTAK BERULAT akibat Makanan Tidak Bermasak



Khas Untuk Kau May...jan kau makan sutung campur kicap saja karang gaut begiuk di lutut Mu
( Cari di Google kawan-kawan kalau tidak percaya )


SENARAI NAMA TRIP LAUT DALAM MAC 2010

Untuk perhatian rakan-rakan ini adalah senarai nama pemancing yang akan turut ke LAUT DALAM sekitar perairan Pulau Mengalum ke Takat Sajali pada 19-21 mac 2010

Kapal : SEA STAR II

Pemilik Kapal : Jack

Tekong : Marcus

Bayaran Kapal : RM250-270 seorang ( Berdasarkan jumlah pemancing,kalau cukup ahli lagi murah,stady je kamu )

Masa bertolak : 8.00 am


Senarai nama Ahli Komplot

1. KOB
2. SNEK
3. PIAN
4. WAHID SABUDDIN
5. OSMAN TAHIR
6. DAHALI MARALI
7. SULAIMAN @ ASMAD
8. RAYMEE
9. BB
10. PAKCIK ZAKARIA
11. SUDIN
12. JOHN

Jika ada masalah pastikan anda memaklumkan seminggu lebih awal untuk kebaikan bersama

PIAN Kembali Menyerlah

Lesin Popping 2010 buat c Pian di Sg Kuala, Papar.Walau pun ikan Bulan-Bulan pian yang penting Kapiting mu di tangan tu dapat beraksi atu yang mahal...Heeeheeheee

Tahniah Buat SULAIMAN & Anak Buah KOB

Sulaiman akhirnya berjaya mendapat lesin Casting pertama 2010 dengan Set casting barunya.Lepas ni kau kena Beli ReVo dan X Rap Man
Anak buah ku yang paling sukses Wan Izat

Hari sabtu tu 6.2.2010 KOB dan GKPA telah casting di Sg Mandahan dan hasilnya 4 ekor siakap merah telah di daratkan.Orang yang paling awal mendaratkan MJ @ Michel Jakson ialah anak buah ku dan diikuti oleh Sulaiman,selang 7 minit hampir lubuk yang sama diikuti oleh Saur dibawah jambatan dan C Huska ( Gambar di papar di Blog GKPA ).KOB paling kecewa apa tidaknya depan mata MJ rabut sebab mata tiga sangkut di bibir MJ saja.


Trip Ke Bintuka Part 5 ( 30.1.2010 )

KOB....Pembuka laluan ke Bintuka kepada rakan-rakan
Sulaiman tidak sanggup ditinggalkan jika ada trip ke Bintuka,Stady kau man...kail baru kita test 13 hb ni
Kerapu batang
Pump man...pari ni.....

Pari apa ni Snek....Karung rupa-rupanya

Unggah pertama TOB selama menerokai muara Bintuka

Puas hati mu man dapat mepump unggah tu
Unggah yang tertipu dengan teknik Trolling
Pari Harimau di Lubuk Tambung
Cantik le Pari ni
Ini lah rumah nelayan di mata belanak Kuala Maidin,Bintuka
KOB disengat ikan duri,nasib baik bawa penawar rindu...boleh tahan juga sakitnya,rasanya inilah kali pertama ku terkena sengatan ikan duri ni

Sedap tidur sulaiman dan snek setelah seharian tidak ada sambaran kasar,sempat lagi berlawan guruh di mulut...heheheh
Kawasan hulu sungai bintuka yang dipenuhi pokok nipah sahaja
Trip kali ni disertai oleh Geng Keruak ( Dahali,Saur,Manan dan C Wan ) Tem Lempayun ( Osman dan Membernya )namun hasil sangat sukar diperolehi.Namun bagi KOB,hasil bukan ukuran kepuasan berada di Bintuka menjadi ukuran...Bintuka Best...Nantikan artekal KOB " BILA SUDAH JATUH HATI DENGAN BINTUKA"