TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP MENGAJAR ORANG BARU YANG SUDI BERGURU

Rasanya hampir sebulan lebih sudah saya tidak mengaplot gambar-gambar aktiviti terbaru yang saya lakukan. Walau pun boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja aktiviti casting dan popping yang saya lakukan. Bukan apa, kesibukan kerja membuatkan aku stress.....dan baru kelmarin saya balik dari Pulau Langkawi dan Kuala Lumpur...Rasanya terlalu cepat masa berlalu dan kita sudah menghampiri penghujung 2012. Gambar terbaru yang dipaparkan ini merupakan trip mengajar rakan baru ( Saudara Azam )  yang ingin belajar lebih cara Bot Base Casting dan beliau juga ingin belajar bagaimana cara-cara membawa bot. Sebelum trip, awal-awal lagi saya sudah menyatakan bahawa jangan meletakkan harapan tinggi untuk strike bagak kerana Bintuka semakin sepi dari strike kerana keadaan cuaca yang sentiasa tidak menentu. Syukur beliau seorang pencinta Casting yang memahami keadaan tersebut dan apa yang lebih penting, banyak Ilmu dan tip berguna yang beliau perolehi dari seorang Caster Amatur yang sangat mencintai Bintuka. 
Impian tercapai.....akhirnya Azam pandai mengendalikan Bot

Halangan awal yang terpaksa dihadapi....pokok tumbang menghalang laluan 
Zam tingkatkan kemahiran jadi Caruk Man
Terpaksa menunggu air surut sedikit baru kami dapat menyorok dibawah kayu ini
Inilah caranya...bot ini mudah sedikit menyorok bawah batang kayu  ni kerana botnya rendah....bila tiba giliran kami....sangsara bukan main kerana bot kami tinggi enjinnya

Balik-balik mis calll bila guna udang zerek yang besar...bila tukar yang kecil...terus lekat

Jangan ditiru ya....ini skim cepat kaya...hanya saya saja yg boleh pakai....Made In K.O.B 
Akhirnya dapat juga si Azam bila balik-balik mis call
Memang susah mencari strike....bayangkan di lubuk kerapu pun hanya 2 ekor saja yg berjaya kami naikkan
Lure Afrika ni memang sangat disukai....terbukti keberkesanannya
Setelah lama menanti akhirnya ada juga yang sudi...fikir selungsung....maklumlah dilubuk selungsung...rupa-rupanya...sang titir

LUBUK TOMMAN LIAR PERTAMA DI SABAH: Artikel ini ada diselitkan dalam majalah pancing bulan Nov 2012. Jika anda yang ingin mencuba tarikan Tomman bolehlah berkunjung di Sungai Damit Membakut. Rasanya Tomman-tomman besar di sungai ini semakin berkurangan kerana sentiasa menjadi sasaran kaki pancing di sekitar Membakut. Gambar-gambar yang dipaparkan didalam Blog ini merupakan gambar-gambar yang telah dipilih untuk dihantar ke Majalah Pancing namun hanya 8 keping sahaja yang terpilih untuk dimuatkan didalam majalah tersebut. Terima kasih diucapkan kepada saudara Fais Karim kerana sudi menyelitkan artikel ini dalam majalah pancing.....semoga enjoy dengan gambar-gambar yang dipaparkan. TQ dari saya K.O.B

Lesen pertama Tomman ku
Adik Ku Dahali
My Pren Ajis
Anak Tomman sedang berpesta
Waktu ni lah gewang adik ku kena hentam ibu tomman....menangis drag Abu Revo STX nya
Berehat di rumah pemujaan...panas sangat di Sungai Damit ni...baru jam 10 pagi KO sudah
Lesen Kedua.....menangis kalau putus...best gila...melayan tomman ni
Nah....siapa mahu tomman ni...heheheh
My Best Pren...Sulaiman dan Bung juga tidak mahu ketinggalan mencari lesen tomman
Tomman 1 di Paya 
Tomman 2 di paya 
Tomman 3 di paya 
Antara umpan yang digunakan oleh Si Ajis dan Si Bung untuk mengail Tomman

Kerja gila...si Ajis tidak menendahkan larangan ku supaya tidak terjun kedalam sungai untuk mengesan Tomman yang menerkam gewang ku dengan ganas. Beliau terjun dan terus menyelam untuk mengesan dimana kedudukan tomman dan gewang ku. Menurut si Ajis, dia tidak puas hati sebab tomman tersebut tidak berjaya naik..sebab itulah dia terjun untuk menangkap tomman yang sedang meronta-ronta mahu melepaskan diri...dan akhirnya tomman tersebut berjaya juga melepaskan diri dan trible hook ku terkangkang habis
Tempat ni paling senang di kunjungi...hari-hari ada sahaja kaki pancing mengail tomman di tempat ni
Lubuk pemujaan
Mesti ada kemahiran untuk membuat sambungan tali sulam dengan tangsi...ikatan FG...kini tidak ku gunakan sudah, kerana aku ada ikatan sendiri yang ku cipta yang ku nama kan  zig zag K.O.B knot, lagi mudah dan cepat

TRIP SENGSARA MENTULUD - BANGKADUAN - BINTUKA

Trip kali ni saya membawa Hj mengunjungi port lama yang sudah lama tidak dikunjungi dengan harapan akan membuahkan hasil dengan strike-strike ganas. Perjalanan ke Port mentulud mengambil masa satu jam perjalanan. Seawal jam 6.30 pagi kami sudah berada di Jeti Hj Kumit dan selepas segala peralatan dimasukkan ke Bot, kami terus memecut dengan harapan segalanya ok. Dalam perjalanan kami singgah sekejap di Simpang Mentulud-Bintuka untuk menguji bangkar yang terdapat di tebing simpang. Kelihatan begitu banyak anak-anak ikan berenangan  dan diikuti dengan sambaran-sambaran  ikan bulan-bulan yang mencari makan. Namun kami tidak berminat dengan ikan bulan-bulan dan terus memujuk di bangkar tersebut, namun tiada sambaran. Kami meneruskan perjalanan ke Mentulud dan setiba di sana air begitu surut dan segala bangkar terdedah, ini membuatkan aku pening kepala...jangankan bangkar, lantai tebing pun terdedah dengan jelas, ini membuatkan usaha kami ke Mentulud sia-sia. Aku terus membawa membawa Hj ke muara Bangkaduan dengan harapan dapat strike. Bila sampai di sana, semua tetap sama....tebing sudah berlantai...bangkar terdedah oleh air surut yang melampau. Ini membuatkan kami mengambil keputusan untuk balik ke Bintuka melalui sungai Burung, terus ke laut dan masuk semula ke Burabak dan terus ke Bintuka. Namun keadaan menjadi bertambah parah apabila aluh ( sungai kecil di kuala ) hanya dalam sekaki...ini membuatkan Hj terpaksa buka baju......Setelah lama tersadai di muara si Jaboh...kami mengambil keputusan untuk masuk semula ke sungai burung terus ke paip dan masuk semula ke Burabak yang mengambil masa setengah jam perjalanan berbanding dari kuala yang hanya memakam masa 7-10 minit ke Burabak.....

 Bukan calang-calang...Penaja Baju, Beg Sikut, Baju Lapis, Raincot, Topi, Buff, Sandal , Seluar....Columbia PFG...Hj Caster sudah tukar nama ke Hj Columbia heheheh...Bisa racun Mu Moi ( Trable Hooks )
Skim Tamak...hahahah Jangan ditiru.... 
 Apa tidak Tenson kalau rumah kerapu pun kering gila
Mula-mula stady....tapi baju Columbia PFG di buka sudah
 Sekali....ampus kami  menarik bot ni, sudahlah bocor, berat lagi
 Sampai di Burabak pada jam 12.30 tengahari kami terus makan di Pondok Nelayan dan diiringi dengan hujan lebat..ini saja rezeki kami hari ni...
Teknik melepaskan gewang yang tersangkut...heheheh...mesti ada penjolok panjang...di hujungnya mesti ada cabang seperti cabang lastik
Lepas makan kami terus casting di Burabak namun tiada strike....dan ini membuatkan kami mengambil keputusan untuk ke Balingkatak dan sekitar jam 3.00 ptg kami terjumpa Trable Hook dan si Jamal yang memberitahu kerapu makan di Sungai Pungol, dan ini membuatkan kami terus disana...syukur dapat juga kami strike, namun gambar tidak dp diambil kerana hujan lebat petang tu....
 Antara kerapu yang sudi menyambar gewang Negro ku
 Manis senyuman mu Ji...haji kini teracun habis....gambar yang sempat dirakamkan sebelum hujan turun
 Apa kau cucuk tu Ji....demi keselamatan jangan sekali-sekali memasukkan tangan ke dalam air untuk mengambil gewang yang menyangkut...kita tidak tahu apa yang menunggu di bawah... 
 Pelangi senja selepas hujan....Syukur dengan hasil yang kami perolehi pada hari tersebut...namun trip kali ni memang sengsara...namun bagi ku itu perkara biasa...ada hasil atau tidak itu  sudah lumrah, perkara biasa.... yang penting aku dan Hj  enjoy di Bintuka...Tenang Jiwa Bila Casting di Bintuka..Selepas trip ini, kami ke Bintuka lagi pada minggu hadapannya dimana Hj berpatner dengan Cikgu Hazlin, Dali bersama Tato, Sulaiman bersama Si Apik...manakala aku Solo gara-gara patner ku Snek demam