TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Moto Pemusing Rod Untuk Pengering Gam Epoxy

Terima kasih diucapkan kepada Mat Nelayan yang sudi memberi kepercayaan kepada saya untuk melengkapkan Motor Pemusing Rod untuk menjadi sebuah alat yang lengkap untuk digunakan membuat Rod.Ini adalah peralatan yang paling penting dan amat sukar untuk diperolehi.Alhamdullilah...ia sudah boleh digunakan untuk untuk membuat Rod.Tercapai jua hajat ku untuk membuat rod sendiri
Kuasa elektrik diperlukan untuk menggerakkan motonya
Penutup buntut rod yang tidak digunakan menjadi mangsa untuk melengkapkan alat ini

Ini pula pengampai yang boleh dipindah-pindah mengikut jarak ring,buat sendiri Bro



Inilah bentuk moto pemusing rod ni,memang susah diperolehi.



Mengail Belanak

Hari ahad yang lalu( 20 Jun 2010 ),saya turun casting di Teluk Villa sekadar untuk melepaskan rindu,namun pada masa yang sama ada 2 orang mamat ni sedang sibuk melayan belanak dan ini menarik perhatian saya.Lantas saya berhenti casting dan duduk memerhatikan mamat ni mengail belanak.Port ni selalunya dipenuhi oleh pengail-pengail belanak apabila air pasang besar.Kerana pada waktu inilah belanak-belanak akan ke tepi batu untuk mencari makanan
Belanak yang dikail dengan umpan roti
Ada lagi 2 ekor dalam bakul mamat ni yang sama sais dengan yang dipegang


Trip Ke Sajali ( Sesal Dahulu Tidak Merugikan )18.6.2010

"Sesal dahulu tidak merugikan".Inilah yang boleh K.O.B katakan apabila trip kami ke Sajali terpaksa dibatalkan dipertengahan jalan apabila laut yang tenang tidak menjanjikan ketenangannya sehingga kepetang.Inilah yang berlaku pada 18 Jun 2010 yang lalu,apabila cuaca yang tenang selama beberapa minggu ini bertukar menjadi badai ganas setinggi 5-7 meter. Trip kali ini disertai oleh Ahmad Muhammad ( Ketua ),Ahmad Nelayan,Dahlan @ K.O.B,Jasni ( Ahli Baru ),Dahali,Latip,Pitut,Kak Nonong,Kak Marry,Habib dan Ali yang terpaksa menarik diri kerana masalah keluarga disaat akhir


Gambar sewaktu baru meninggalkan kawasan lampu isyarat

Perjalanan kami pada petang tu diiringi oleh hujan lebat dan angin barat yang kencang,namun kelibat alun dan ombak belum kelihatan ketika masih lagi didalam kawasan pulau gaya dan pulau memutik.Namun apabila kapal mengampiri hujung pulau gaya,ombak semakin gagah,sehinggakan bahagian depan kapal hampir tenggelam dihambatkan oleh ombak yang ganas dan ini menyebabkan barang-barang didepan habis basah dan terhumban.Namun keadaan
Kelihatan ombak pecah ditepi kapal
lebih genting berlaku apabila kami sudah melewati pulau gaya dan pulau memutik langsung tidak kelihatan akibat angin dan hujan yang lebat dimana ombak semakin tinggi dan beberapa kali bahagian depan kapal menyembah lautan dan seolah-olah mahu terbalik dan ini menyebabkan saya mengambil Jaket Keselamatan dan mengedarkan kepada rakan-rakan dan adik saya untuk keselamatan...didalam kepala saya teringat peristiwa di Pulau Banggi hari raya haji tahun lepas dimana kapal karam yang mengakibatkan ramai saudara mara Kak Nonong terkorban


Namun kerisauan tersebut semakin reda apabila kami setuju dengan cadangan Tekong supaya kami tudak meneruskan perjalanan kerana keadaan laut yang semakin bergelora dan tidak mungkin kami akan dapat melimpasi gelora tersebut.Apa-apa pun syukur kerana kami semua selamat kembali kejeti pada jam 5 petang setelah 3 jam mengharungi badai yang bergelora

Dahali tenang...tapi belakang basah sudah terkena tempias ombak


Sempat jua bergambar sebelum masuk ke Kaben

Trip Uncle Bombastik & Gilan Ke Bagang ( 12.6.2010 )

Hari sabtu yang lalu aku secara rela berehat sebentar untuk aktiviti memancing ku kerana ingin memenuhi hajat anak ku yang tersangat suka mahu berkemping.Namun dalam hati siapa yang tahu......pancing tetap dihati.Sedang leka berkemping di Tanjung Lipat tiba- tiba saya menerima panggilan dari c Gilan yang memberitahu tripnya bersama Uncel Bombastik ke Bagang sukses .Keadaan laut yang tenang membuatkan suasana memancing sangat selesa dan sekitar jam 11 mereka sudah balik ke darat dengan hati yang puas kerana bermacam ikan telah diperolehi
Ini hasil Uncel Bombastik....gatal hati c Remy meliat hasil kita ni ci

Ini pula hasil c Jilan...,Bro lain kali membawa kau Tong bah...inda buntu lauk mun mengail sampai patang

Inilah dia Uncel Bombastik

Inilah C Gilan sepupu C Remy




Trip Ke Lawa-Lawa 5.6.2010

Syukur setelah hampir seminggu lebih gambar ni teperuk didalam CP ku gara-gara line tidak ok,akhirnya aku dapat mempaparkannya untuk tatapan rakan-rakan dan pengunjung Blog T.O.B ku ini
Lawa-Lawa pertama yang kami singgahi...inilah hasilnya,Joran PE3 ku melentur habis digasaknya
Sabar ko Bro....beginilah adat mau mendapatkan segulung sijil Nelayan...menimba perahu

Dahali bertuah mendapat Ikan Putih paling besar kali ini dengan hanya menggunakan apollo

Inilah berkat kesabaran menimba perahu...Tupin-tupin @Ayaman...isinya lebih sedap dari ayam-ayam laut

Ini ikan paling besar c Din dapat di Lawa-Lawa setakat ini..Tupin-Tupin @ ayaman kedua yang dinaikkan pada hari tu

Hasil ku

Hasil Dahali

Hasil C Din

Ini yang Tragis...bersih...kerja siapa ni....embuyat@ambuyat di cecah dengan cecah mempelam + kari + cili api + secukup rasa memang berapi....... selesai saja sesi mengambar ikan,kakak ku terus menyalakan sabut kelapa untuk membakar ikan yang ingin kami belasah....TQ Din,merasa jua ku makan tupin-tupin,rupanya sedap gila rasa isinya...ditambah lagi dengan makan embuyat...puhhhhhh berapi....









Enjin Kondem

Peristiwa enjin bot mati berulang sekali lagi pada hari sabtu lepas,kali ni bukan sewaktu balik tapi sewaktu pergi ke lubuk maidin dan balik dan terpaksa ku menservis plug sebanyak 2 kali.Namun persediaan awal membawa peralatan pembuka plug dan sedikit kemahiran menjadi penyelamat kerana takut peristiwa bersama sahur berulang .Jika tidak terpaksalah kami menunggu bantuan dari HJ Kumit kerana pada hari tu hanya kami sahaja yang menyewa dan jalan ke Maidin
Sewaktu sampai ke Jeti Hj Kumit saya terus mengomplen dan Hj Kumit memberitahu bahawa Bot no 2 tu sudah lama plugnya tidak diganti dan beliau akan ganti plug baru untuk keselamatan penyewa

Ipar ku,pertama kali turun ke sg bintuka dan beliau penyumbang derma darah paling banyak kali ni kepada nyamuk-nyamuk di Bintuka....lain kali pakai seluar panjan sham


Trip Pian Ke Semarang ( 28-30 Mei 2010 )

Pian dengan tenggiri Semarang
Abang C Pian,Cikgu Amin dapat tenggiri yang paling besar dalam trip kali ni


Antara hasil yang Pian dapat