TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

BOT BARU TEAM OMBAK BIRU


Bot lama ku sepanjang 19 kaki kini dimiliki oleh Saudara Ariffin @ Ipin...bot ni sangat sesuai untuk enjin 15hp...
Inilah Bot baharu ku sepanjang 21 kaki lebih panjang dan lebar yang membuatkan aku lebih selesa semasa jigging


BINTUKA SEMAKIN SUNYI

Rasanya terlalu lama sudah admin tidak melaporkan aktiviti casting di Bintuka. Rasanya tahun ni baru tiga kali saya ke Bintuka. Itu pun kerana balik kampung bersama keluarga. Rasanya macam semakin sukar untuk mencari strike di sungai-sungai yang selalunya menjadi tumpuan admin ketika casting...dalam tiga kunjungan, admin hanya strike beberapa kali sahaja, walau pun air cun. Rasanya bukan kerana air atau tidak berikan....mungkin admin tidak sudah seperti dulu....sekarang ni admin lebih suka jalan-jalan sambil memasak dengan survival kit yang dibawa. Strike bukan keutamaan...yg penting dapat turun casting relex dibawah pokok sambil memasak...makan...tidur sekejap...pulang....Kepuasan bagi admin apabila dapat casting....hasil bukan keutamaan. Namun admin tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Hasil tetap ada untuk tatapan keluarga di rumah mantua di Bintuka. Semoga enjoy dengan paparan gambar yang tidak seberapa.

Strike hampir Kg Bintuka
Strike hampir dengan Kg Bintuka
Udang mudah diperolehi jika ada nelayan sedang menjala...beli saja setengah kilo...cukup sudah untuk menambah Gout di kaki
Aktiviti paling Admin sukai...memasak dengan survival KIT
Biasanya admin bawa nasi siap-siap dari rumah

Perkara yang selalu terjadi di Bintuka...Mereka admin tidak kenal...tapi bukan alasan untuk tidak menolong mereka ...2 jam setengah admin menunda mereka sehingga selamat sampai di jeti Hj Kumit
Habuan paling lumayan ketika membeli udang dari penjala..siap jadi hidangan makan tengahari
Setelah sekian lama tidak turun casting, anak buak ku C Wan...ko sebab tidak tahan sudah berpanas

Jika turun berteman...admin akan bawa belanga untuk membolehkan udang dimasak lebih

Ilmu Jigcast SIRI 2

Bila saja musim bubuk bermula, biasanya Gt akan mengejar bubuk untuk menjadi makanannya selain anak-anak bilis, memandangkan musim bubuk tidak semeriah tahun lalu di teluk Villa, maka Gt nya pun tidak semeriah tahun lalu. Apa yang jelas, Gt tahun ni kecil-kecil, yang saya andaikan GT penginap tetap d takat 2-3 meter tpt saya menjigcast...biasanya Gt besar tidak akan menghuni takat cetek dan hanya sekali sekala meronda untuk mencari makan...jika kebetulan timenya meronda terjumpa sotong tiruan pasti ia akan menghentam terus tanpa malu....

Bermain diatas takat cetek perlu mempunyai pengalaman, pengetahuan tentang struktur takat, kemahiran dan skil jigcast...jika tidak ada kemahiran tentang jigcast, pasti jig akan menyangkut di takat. Selain itu kemahiran menilai arah angin juga perlu agar pergerakan bot melalui takat yang hendak di jigcast...
Biasanya kehadiran Bb Gt boleh dikesan dengan mendengar bunyi letupan semasa ia menyambar bubuk atau anak-anak bilis...jika terjumpa...cepat-cepatlah membuat lontaran jig...pasti ia akan menghentam terus...jika misscal...jangan larikan jig, jig pelahan semula...biasanya GT tidak akan lari, ia akan mengejar semula jig yang digerakkan...Percayalah..ini bukan teori tapi kenyataan yang sudah saya alami selama ini...biasanya ia akan menyambar habis-habisan. Gt merupakan pemburu yang tidak pandai berputus asa...Selamat mencuba...jumpa lagi dalam siri jigcast yang akan datang...