TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip 2006 & 2007

Ini adalah antara gambar-gambar yang masih ada tersimpanan dalam Pc K.O.B sebelum wujud Team Ombak Biru.Trip anjuran Lempayun dan inilah trip terakhir beliau bersama Tekong Din dan selepas trip ini tinggal K.O.B sahaja yang beraksi .
Muka sedih sebab dapat 1 ekor saja tenggiri....malam pertama ni aku rasa trip ni akan menjanjikan hasil yang lumayan......laut cukup tenang.....tapi
Kerapu ni ku dapat waktu pagi....cuba lihat awan dan laut dibelakang ku...cuaca tiba-tiba berubah pagi tu....jam 10 pagi kami terpaksa berlindung di pulau mengalun kerana angin dan ombak sangat kuat....Hancur harapan....

Ini pula trip bersama Cikgu Wan Ruslim dan Ag Brahim guna kapal c Jack dan tekongnya Hendry...Master Jigging & Deep Sea dan rasanya disinilah ku kenal c Ampulur dan brother mat....yang membawa sambal belacan papar....nyaman makan ku sama belacan mu tu pian
Malam tu aku dapat 2 ekor tenggiri sekitar jam 1-3 pagi.C pian pula dapat seekor dan sebiji Jig di belakang tenggirinya

Rindu rasanya mau menarik sulit merah ni...bila tah kan berjumpa lagi........

Kalau sulit ni mengamuk....penuh tong.Tapi apakan daya ....jarang sudah jumpa lubuknya...mungkin habis sudah kena bom oleh palahu sebab ikan ni sentiasa berkumpulan dan mudah dibom

Dua ekor pun jadilah...dari tiada

Akhirnya Revo Salty Stage ku Bertemu Jodoh

Akhirnya setelah puas mencari dari KL ke KK,akhirnya aku menjumpai joran casting yang mixing untuk Revo Salty Stage ku (biru hitam ) dengan joran Slim Max 6.2 kaki berwarna Biru Hitam.Memang Kacak & Bergaya....
Wow....perface weapon...harga jangan tanya lah....murah saja

Tombol hujung dilengkapi dengan penutup aloi .....ini yang mahal


Memang sesuai.....

Limited Edition...Joran Slim Max ini dilengkapi dengan sarung kain dan Bazooka untuk keselamatan




Laporan Ke 2 Trip ke Takat 350

Inilah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh K.O.B untuk tatapan pengunjung Blog T.O.B.Bolehlah dikatakan trip kali ini merupakan trip paling mengecewakan...biasanya seorang dua sahaja yang kecewa....tapi kali ini hampir kesemua geng-geng meluahkan rasa kekeciwaan akibat: 1. cuaca yang berubah disaat akhir yang mengakibatkan kami dilambung ombak setinggi 2-3 meter selama 2 malam 2 hari dah hari ketiga barulah ombak reda dan selesa memancing.2.Sauh yang sentiasa tidak melekat didasar pada kedalaman 70 meter & akibatnya kapal sentiasa tersasar dari takat.3.Suhu air terlalu sejuk mengakibatkan ikan langsung tidak mahu menjamah umpan.4.Masakan anak kapal yang begitu teruk.5.Keperluan air dari tangki utama yang tidak mencukupi untuk bilik mandi,tandas dan singki.6.Penjana kuasa elektrik yang tidak berfungsi dan ke 7 ais yang tidak mencukupi.
Pada trip ini juga Kak Nonong mengalami peristiwa misteri sekitar jam 3 pagi apabila dijenguk oleh lembaga hitam dari tingkap sewaktu terjaga dari tidur dan ini membuatkan beliau melompat terkejut.Kak Mary pula termimpi ada lembaga tidur disebelah kak Nonong pada malam yang sama dan c Habib juga bermimpi lembaga duduk di atas enjin kapal.Namun yang pasti tekong kapal sendiri juga mengalami peristiwa misteri apabila melihat cahaya merah berada dibawah hadapan kapal sewaktu memancing sekitar jam 10 malam ketika ramai pemancing sudah tidur kerana bergelap pada malam yang sama dan ini membuatkan beliau terus masuk ke caben dan berdiam diri kerana takut kami panic....
Pagi hari ketiga...barulah ikan mahu menjamah umpan kami....kecewa dan pada bulam Mei ini kami merancang untuk ke Takat 200 meter untuk menjejak rubi
Wajah-wajah Geng K.O.B


Habib pembuka tirai petang tu dengan perlawanan yang sengit namun akhirnya beliau terpaksa akur kerana putus ditengah jalan....tali sulam beliau terkena.......bawah kapal.Set beliau memang power gila apa tidaknya joran tempahan khas untuk pertandingan Labuan Internasional Fishing Game beliau guna untuk menduga takat 350...mana aci

Rezeki awal pagi



Syukurlah dari tiada...heheheh


Insang lumahan....selalunya berada ditakat yang dalam...namun takat ni hanya 45 meter


Tekong bersama kerapu yang sombong


Senyum kak Mary dapat Cupi.....mahal tu kak


Inilah teknik ilmu pisang...kalau pandai pasti setandan yang naik....heheheh


Alu-alu sirip kuning....Abang Asli antara yang bertuah kerana dapat Bonus tarikan kasar dalam trip kali ni



Kait,kait....inilah yang disuarakan oleh anak-anak kapal ketika mahu menaikkan pari ni



Ini lah hasilnya Pari Minyak yang tidak laku di Sabah


Ini pun jadilah



Inilah Draculla....umpan sentiasa bersih olehnya



Nah menjadi lagi teknik ilmu pisang ni...heheheh



S-tady kau pian...anak marco jack


Abak-abak hati...ku pikir sunu...rupa-rupanya karapu period


Kalau satu sudah naik pasti ada lagi seekor ni....ini lah buktinya


Nah setandan lagi.....bikin panas...sampai K.O.B dilarang menurunkan kail gara-gara dapat menaikkan kerapu betandan-tandan


C otok ni...adakah reel spining diterbalikkannya ketika mengurau tali



Ini pun jadilah


Habis saja sesi mengail hero-hero ni pun mandi....abis stok air kecemasan dibelasah


Rod Shino K.O.B yang malang...mumut sudah


Pitut dengan tenggirinya


Abang sulaiman...kau dapat Tenggiri Joe...aku dapat handpone lagi joe


Inilah tenggiri betuah...yang menjadikan Kak Nonong juara...tewas hero-hero macho akhirnya


Inilah buktinya...jangan pandang ku sebelah mata hanya kerna aku wanita,walau apa kelemahanya kamu tetap tewas....heheheh.Kemampuan Kak Nonong terbukti .....Juara Jackpot,Wanita pertama disabah dan hadiah disampaikan oleh Pengerusi penganjur Brother Amat


Tengok tu cikgu Brahim senyum Kak.... macam mau minta spen saja tu


Ini set Habib Taha...Percaya atau tidak...2 set kelengkapannya ini hampir mencecah 10 k


Dalam perjalanan ke Jeti kapal kami sewa ni ditahan oleh Penguasa Maritim yang sentiasa bertugas untuk mempastikan semua Kapal-kapal memancing mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.Syabas diucapkan kepada Jabatan Maritim



Laporan 1: Trip Ke Takat 350 :17-19 April 2010( Sekadar Tatapan Awal Pengunjung Blog T.O.B )

Brother Ahmad & Abang Asli......Brother Mat penganjur trip kali ni dan yang akan datang....
Inilah kapal yang kami sewa...Dolphin.....Selesa dengan ruang memancing yang luas...tapi hancur dari segi penyediaan makanan,sportlight tiada,penjanakuasa lampu yang tidak berfungsi sehingga lampu tidak dapat dinyalakan semuanya...hampir-hampir bergelap ,sauh pula sentiasa tidak melekat pada kedalaman 70 meter keatas kerana terlalu kecil berbanding dengan sais kapal...Tekong pula...ok

Pian,Kak Mary,K.O.B dan kak Nonong @ Lucia.Kak Mary & Kak Nonong merupakan ibu-ibu yang paling aktif memancing kelaut dalam di Sabah

Abang Sulaiman....kalau ada kelapangan mesti ikut...maklumlah jurulatih sukan negeri Sabah

Pitut...apa yang kau perhatikan kan tu....

Tenangnya laut sewaktu kami sedang melalui pulau Sepanggar....Tapi......tunggu laporan ke2

Apa yang kau pikirkan pian...Tenggiri,Tambung....Sunu ke.....heheheheh

Abang Asli juga tidak pernah ketinggalan jika ada trip....tapi kali ni anaknya tidak dapat ikut kerana ada masalah di Lahad Datu,Sabah

Kakak ni antara pemancing yang tidak pernah lupa menunaikan kewajipan walaupun di Laut....dan Kak Nonong masih lagi troma dengan peristiwa Kapal Karam di pulau Banggi tahun lepas yang mengakibatkan hampir semua saudara-mara beliau terkorban dalam nahas tersebut...al-Fatihah...semoga roh mereka dirahmati Allah

Ini lah salah satu punca kami bergelap.....Jam 7 malam,Tekong terpaksa menyelam untuk membuka lubang saluran air automatik yang tersumbat dan akhirnya jam 3 pagi ketika semua rakan-rakan sedang lena dibuai ombak,saya dan abang Ahmad yang sedang leka melayan ikan tulai terhidu bau terbakar dan melihat asap banyak keluar dari bilik enjin dan terpaksa memukul dinding kapal untuk mengejutkan tekong dan pembantunya.Nasib baik diorang mau bangun....dalam fikiran ku matilah sekali ni kapal ni terbakar...mana jacket keselamatan ni....nasib bukan terbakar.....kalau tidak.......terapung pemancing-pemancing dilautan sepi...ini antara peristiwa yang belum pernah kami lalui selama ini.....ada lagi peristiwa misteri yang akan kita kongsikan pada laporan ke2 nanti