TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

BINTUKA 3 IN 1( 10.9.2011 )

Trip minggu ni merupa perancangan untuk meracun Sulaiman dengan racun kerapu minyak Bintuka dengan menggunakan set casting LP nya yang baru, yang berusia seminggu. Jam 7 pagi kami baru sampai di Jety Hj Kumit. Dimana Bot no 13 sudah diboking seawal hari raya. Tengah kami mengemas peralatan kedalam bot tiba-tiba datang segerombolan Caster-caster Bongawan dibawah pimpinan ketua Geng Keruak ( Dahali, Badul, Samoi, Matali, Jamal, Acai,Remy, Ajit, Tato dan beberapa rakan yang tidak dicop namanya dalam ingatann ku) dengan menggunakan Bot Hj Hussin dan Ketua Kg Bintuka singgah di Jety Hj Kumit untuk membeli ais. Selesai mereka membeli ais, mereka terus menuju lokasi lubuk yang dirashiakan oleh T.O.B. Aku dan sulaiman masih stady di jety dan melihat keadaan air yang laju aku & sulaiman setuju untuk membeli sedikit udang hidup untuk bekalan menduga ikan Putih di Lubuk Cikgu Kamal Kupun.


Selepas memperolehi bekalan umpan hidup, kami terus bergerak ke laluan rashia & paling Pantas ke Lubuk Rashia T.O.B untuk acara casting. Dengan keadaan air yang begitu laju, kami casting mengikut aliran air, namun sehingga ke taman burung langsung tiada sambaran. Lalu kami mudik ke hillir dan jam 10.45 kami berjumpa dengan Geng Keruak & Rock Caster di Lubuk Rashia T.O.B, dimana sebuah enjin bot yang digunakan oleh Acai & Jamal telah KONG, yang tragisnya, tiada seorang pun dikalangan mereka yang membawa Plug Pencucuh . Akhirnya aku terpaksa memberitahu ada laluan terdekat yang boleh sampai terus ke Jety Hj Kumit untuk membeli Plug. Dengan Bantuan Acai, akhirnya Dali & Badul tahu jua Jalan Rashia K.O.B kelubuk Rashia yang sebelum ni tidak terganggu oleh caster. Lepas ni habislah...........kena belasah lubuk ni...heheheh.


Setelah selesai misi casting setengah hari, aku dan sulaiman terus ke Lubuk Cikgu Kamal untuk memulakan acara bottom. Yang lucunya, set casting terpaksa kami jadikan set Bottom sebab perancangan awal adalah untuk casting. Syukur 2 jam Bottom ada juga hasil untuk dijadikan hidangan. Jm 2 kami terus masuk ke Sg Balingkatak, namun oleh kerasna air terlalu surut sukar untuk kami masuk ke muaranya . Setengah jam kami berpusing-pusing mencari laluan paling selamat, akhirnya apabila dp masuk ke muaranya kamu terus mudik ke hulu untuk memulakan semula acara casting dan hasilnya aku hanya berjaya mendapat seekor titir dan selaiman berjaya menaikkan seekor kerapu juvana

Meriah Geng Caster Bongawan dengan Pelbagai Warna Baju COLUMBIA PFG mcm kan ke KK



Kapten Keruak paling Sukses.....balik-balik kedengaran dimulutnya " Puas Hati Ku 2 bot menyaksikan aku menarik Kerapu bagak "...heheheheh



Bot yang digunakan oleh Acai & C Jamal sedang dibaiki oleh c Ajit...

Sembilang untuk mentua...aku ni baik sama mantua...heheheheh


Lauk untuk pebinian........


Lauk untuk siapa ni man.....


Lesin lontaran tangan kiri....belajar melontar menggunakan tangan kiri....boleh tahan juga, lepas ni boleh sudah ku cast kiri kanan...heheheh...yang pasti, lepas ni akan ku dengar ada orang paling awal & hebat menggunakan tangan kiri untuk membaling gewang.....heheheheh