TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CASTING DI TELUK VILLA ( 16 -18/9/2011 ) Part 1

Sempena cuti Hari Malaysia ( 16 Sept 2011 ) aku mengajak Abang Ahmad Mahmud, pemilik bot yang selalu ku gunakan untuk casting di Teluk Villa untuk join Popping & Casting di Lubuk Gt dan Tembok Airport. Abang Ahmad memang seorang otai pasal memancing. Jika kelaut dalam jarang beliau ni tewas. Skil kali ni amat berbeza, ini merupkan kali pertama beliau mencuba kaedah Popping & Casting. Aksi kami mulakan dengan mencari GT dilubuk GT. Namun keadaan air yang surut menyebabkan Popper tidak laku kerana GT tidak tidak ada bermain dilubuk tersebut. Ini membuatkan kami terus beralih ke Tembok Airport untuk mencari kerapu atau Selungsung.




Keadaan air yang surut membuatkan aku yakin mesti ada kerapu yang akan dinaikkan. Aksi kami dimulakan apabila gewang Zerek yang masih berkilat disambar kasar, namun sayang pemangsa hanya meninggalkan kesan gigi dan luka panjang pada badan Zerek. Aku yakin pasti kerja Titir,lepas tu tiba pula giliran abang Ahmad merasa sambaran namun rabut. Apabila Bot menghampiri tebing tembok, aku melontarkan gewang Zerek ku mengiring batu tembok dan mengurau secara perlahan...tiba-tiba satu sambaran kuat ku rasa diikuti dengan larian padu membuatkan rod ku melengkung habis aku cuba menahan namun pemangsa berjaya memasuki rumah penyelamatnya. Kami hanya mampu mendengar bunyi Krikkkkkkkk...bunyi tali ku keluar tanpa henti ditarik MONSTER. Apabila kami hampiri dan kedudukan bot diatas batu tempat ia menyelinap, sekali lagi ia bertindak menekan dan membuatkan Rod ku selengkung mencecah air, aku nekad dengan membuat paksaan namun ia tetap tidak mahu berhenti dan akhirnya aku hanya mampu mengeluarkan perkataan....aduh......Abang Ahmad yang pertama kali melihat aksi Casting ku yakin ia perbuatan antara UNGGAH atau KERAPU MONSTER.


Setelah tiada sambaran kami meneruskan acara dengan aksi Trolling. Dalam aksi trolling hanya dua kali sambaran kasar dirasai, namun hanya kesan calar saja yang tinggal, aku yakin ia adalah perbuatan Titir. Rasanya kali ni memang bukan rezeki kami. Di tengah-tengah lautan, kami terjumpa si AMPULUR dengan partner barunya sedang menikmati aksi pisang-pisang.....




Hari sabtu sekali lagi aku turun mahu mengapil balik. Kali ni aku mengajak Sulaiman, Jam 5.50 sulaiman sudah sampai di Jety. Selesai meemasukkan peralatan kami terus bergerak dengan iringan angin barat daya yang garang dan pada masa yang sama kami terjumpa si Ampulur masih STAY menunggu keadaan angin reda. Seseampai di muara Teluk Villa, kami lihat keadaan ombak begitu kuat dan aku membuat keputusan untuk berpatah balik ke Jety......Kecewa Sulaiman...dari jauh datang...akhirnya hanya dapat merasa nikmat sarapan pagi saja di Jety...lain kalilah man.....


Abang Ahmad sudah mula jatuh cinta....lebih-lebih lagi apabila beliau sudah merasa 2 kali karan sambaran


Inilah...perambut 50lbs calar habis sepanjang 4 kaki akibat asakan MONSTER Tembok Airport

Perambut ni ku simpan utk jadi Azimat....heheheh

Ampulur.......apa kau buat tu


Inilah Bot Si Ampulur sepanjang 23 kaki dengan Enjin Yamaha 30hp




Kecewa....nda apa Man ada masa lagi...

Nasib baik di Jeti ada menyediakan makanan untuk pelanggan....


Makan kau man....Jauh lagi perjalanan mu pulang ni