TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CASTING DI TELUK VILLA ( 16 -18/9/2011 ) Part 2

Setelah hari sabtu tidak dapat beraksi kerana laut bergelora, pagi ahad aku sekali lagi cuba meninjau keadaan laut. Alhamdulillah keadaan laut di Teluk Villa kembali tenang. Pagi ni aku beraksi sendirian. Aku memulakan aksi dengan acara Popping di Kawasan Batu Tengkorak, memandangkan keadaan air laut yang surut tiada sambaran popper berlaku. Lalu aku mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti Trolling. Gewang kegemaran ku Yo-Zuri Mino Red Head menjadi taruhan setelah 2 kali gagal menaikkan mangsa pada hari jumaat yang lalu. Syukur tidak lama selepas melakukan tundaan satu sambaran mengejutkan ku....lenguh juga melayan baby GT ni pada jarak 50 meter dengan mengunakan Baitcaster.

Selepas itu aku singgah sebentar ditakat Ampulur dimana si Ampulur sedang beraksi melayan pisang-pisang dengan 3 orang rakan barunya. Aku pun turut serta sekejap melayan pisang-pisang. Setelah bosan melayan pisang-pisang aku terus beralih ke Lubuk Gt untuk melakukan aksi Popping....Lontaran demi lontaran telah ku buat dan akhirnya seekor baby Gt sudi menjamah Popper Strike PRO ku

Disebelah petang sekali lagi aku mencuba untuk mencari mangsa yang lebih hebat bersama ipar ku namun tiada sambaran dapat dirasahi



Hasil Trolling
Hasil Popping
Skaw Pengankut Batu untuk pembinaan landasan Kapal Terbang dan disinilah dikatakan ada Selungsung
Batu yang diangkut sebenarnya diambil dari Sarawak
Ipar ku Syam
Lubuk ini juga selalu dikunjungi oleh kaki pancing

Biasanya aku akan menggunakan Set Spinning untuk aksi Casting di kawasan Laut. Ini untuk memudahkan aku membuat lontaran jauh

Aksi tundaan akhirnya mendapat STRIKE.........................gambar dibawah


Hebat STRIKE ku kali ni.....pukat tidak bertuan ni rasanya mahu ku kerat saja.....lain kali buatlah tanda pelampung di awal dan di hujung pukat kalau mahu ditinggalkan...jangan di hujung saja.......