TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP PENGENALAN BINTUKA UNTUK SAUDARA HAZLIN

Trip Bintuka kali ni merupakan trip pengenalan Bintuka kepada saudara Hazlin Ag Damit. Beliau merupakan kaki pancing yang seangkatan dengan K.O.B dan Lempayun. Namun beliau yang kembali aktif pada tahun 2009 dalam arena casting secara tiba-tiba merehatkan diri seketika kerana beliau aktif dalam arena memikat burung dan tahun ni aktif semula dalam arena casting. Trip Pertama beliau ke Bintuka ialah pada 24.9.2011 bersama saya dan Sulaiman, dimana beliau begitu teruja bila melihat keindahan sungai Bintuka. Trip pengenalan ini lebih kepada sesi makan angin, dimana dari Bintuka ke Menumbuk sesi perjalanan kami dipenuhi dengan aksi Bottom, Casting & Trolling namun rezeki beliau dengan pemangsa Bintuka belum kesampaian. Rintitan dari trip pertama pada 1.10.2011 sekali lagi beliau berminat untuk Join ke Bintuka, namun kali ini kami mencuba aksi Casting sepenuh masa. Trip kali ni juga dimeriahi dengan adik ku bersama anak-anak buah kami, Badul dan Matali






Saudara Hazlin sangat berpengalaman dalam mengendalikan bot. Beliau memiliki beberapa biji Enjin Bot dan Bot sendiri untuk memancing di sungai dan laut

Hasil Yo-zuri yang sudah ditapa beliau sejak bertahun-tahun yang lalu


Antara gewang yang saudara Hazlin gunakan...masih dara


Hahahah....semasa balik dilaluan pintas....terpaksa lah sahabat dua orang ni turun menolak Bot

Akhirnya aku pun turun sekali.....apa tidaknya bot tidak dapat ditolak jika ada anak gajah duduk diatas Bot...heheheh



Inilah bikin panas....3 kali ku jd makenik.....akhirnya tahu ku sudah apa masalahnya

Ini pula adik ku....kerapu penyelamat.......dari kumpau
Anak buah ku yang baru balik dari Canada sudah mendapat lesin kerapu Bintuka
Juara....badul..........memang semakan hebat
Anak buah ku sorang ni ( Si Wan ) pun sukses....Si matali stady...saja...hisap kau sigup tu ......
Jam 4.30 pm kami memecut balik ke jety bila hari semakin mendung....akhirnya kami selamat tanpa meredah hujan ribut....rakan-rakan yang lain habis basah kuyup......