Mendengar khabar dari rakan-rakan seperjuangan yang mengatakan udang galah mengganas di sungai Kota Klias membuatkan hati ku sangat gatal untuk turun kesana. Malah keterujaan untuk mengail udang galah lebih parah lagi apabila adik ku ( Dahali ) & Si Azlin berpesta udang seminggu sebelum trip ini & ini membuatkan aku rasa gundah gulana, bukan sedikit udang yang dibawa balik malah berilo-kilo . Segala keresahan akhirnya terubat apabila sahabat baik ku Mituddin mempelawa untuk beraksi. Malah sahabat setia ku sulaiman juga dapat turut beraksi. Tahun ni merupakan tahun paling lama musim udang mengganas di sungai Kota Klias ini. Berdasarkan pengalaman yang lampau, udang galah di Sg ini hanya akan mengganas apabila musim kemarau, namun bagi tahun ni musim udang berlarutan walau pun bukan musim kemarau. Menurut Mituddin keadaan ini berlaku kerana kualiti air sungai Kota Klias semakin bersih. Dimana sebelum ini kehadiran kapal minyak kelapa sawit membuatkan air sungai tercemar....semoga keadaan ini akan berterusan dan ini sudah pasti akan membuatkan sungai Kota Klias akan sentiasa sibuk dengan pengail dari dalam dan luar daerah seperti aku....Semoga enjoy dengan paparan terbaru ku ini. Ikhlas dari K.O.B
Mr Mituddin dengan gaya pose baru. Permata biru yang baru matang
Pasti udang in memeluk batang kayu didalam rumah persembunyian. Hanya sesunggut sahaja yang dapat ku dinaikkan
Memang tidak dapat ditandingi....memang kau raja udang Din
Pasti udang in memeluk batang kayu didalam rumah persembunyian. Hanya sesunggut sahaja yang dapat ku dinaikkan
Memang tidak dapat ditandingi....memang kau raja udang Din
Sulaiman semakin teracun dengan permata biru sg kota klias
Aksi menayang ketika geng keruak berkomplot dengan geng gila kail di hadapan bot kami
Belida pun sudi jg makan cacing rupanya
Permata biru dilubuk sarang burung yang sentiasa ada jika air cantik
Sais inilah yang sentiasa menjadi idaman kaki udang
Ganas....sepit biru ni sangat merbahaya jika tidak berhati-hati....tembus seluar ku disepitnya
Udang bertelur paling banyak kami naikkan kali ni