TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

UBAH SUAI PEMEGANG ROD IT SPORT II

Projek terbaru K.O.B ini merupakan kesinambungan terhadap keyakinan terhadap kemampuan joran Lemex It Sport yang sudah lebih setahun digunakan. Ini membuatkan saya sentiasa mengintai-ngintai jika Joran ini ada di kedai pancing disekitar Kota Kinabalu. Dengan harga yang berbaloi dan ditambah lagi dengan diskaun yang diberi membuatkan aku tidak menoleh ke belakang....sambar terus .....Namun aku tidak berminat dengan pemegangnya....tapi dalam kepala ku memang sudah ada plan untuk membuatkan joran ini selesa ku gunakan.....Fakta yang nyata Joran Casting Lemex IT Sport one piece yang ku gunakan mempunyai batang yang kecil, tahap lenturan 6-15 lbs, panjangnya 5.8 kaki dan sangat kuat dan ini terbukti apabila snek berjaya menawan kurau 6 kg dan aku sudah merasa kehebatannya apabila menahan asakan MONSTER di muara Balingkatak, Bintuka Beaufort..... Bukti IT Sport sangat mantap....Rod lama ku ni Bukan setakat lenturan C , macam mahu jadi L sudah rod IT Sport ku ni kena asak oleh MONSTER.....

Pemegang asal
Setelah di bentuk




Sebelum di tambah kaki palsu....heheheheh


Antara peralatan yang diperlukan untuk membuat kaki palsu IT Sport


Setelah disatukan...jadilah begini rupa baru Rod Casting IT Sport II ku


Kini aku sudah ada 2 batang untuk bergabung......MELETOP......dan ada juga rakan yang lain berminat untuk mengikut jejak ku....


Apa punya jenama ni aku pun tak tahu...heheheh


Inilah senjata utama untuk menghaluskan pemegang yang lama....