Kali ni K.O.B ingin berkongsi tentang cara K.O.B menjaga gewang. Kebanyakkan gewang yang kita gunakan biasanya menggunakan warna lapisan luar dan hanya sesetengah gewang sahaja yang terdapat meletakkan warna atau lapisan berkilat didalam badan gewang dan ini membuatkan warna gewang tersebut lebih tahan. Biasanya gewang yang menggunakan warna lapisan luar akan mudah calar apabila serangan ikan terutama sekali ikan SELUNGSUNG BERTARING ( Titir @ Alu-alu ), Siakap Merah dan ikan bergigi yang lain. Malah bagi gewang dan Popper ekonomi seperti Hinomyia masalah warna terkopek adalah perkara lumrah kerana lapisan warnanya dan clearnya adalah nipis. Oleh yang demikian saya lebih suka mencelup semua gewang yang baru dibeli dengan Clear untuk melindungi warnanya sebelum digunakan dan ini akan dapat mengurangkan peratus kerosakkan pada warna gewang apabila diserang oleh pemangsa. Biasanya lapisan clear untuk kereta lebih kuat berbanding dengan Varnis. Oleh yang demikian anda digalakkan menggunakan Clear kereta, malah gewang TDD yang sudah pudar apabila dicelup akan nampak berkilat semula ...Sekian " Selamat mencuba "...... By K.O.B
TRIP PENGENALAN KE TAKAT CHAMPION
4 years ago