Kesibukan masa selama 2 minggu dan ditambah dengan saat kritikal apabila ayahnda dikerjarkan dihospital Papar dan terpaksa ditahan di Hospital Papar selama seminggu membuatkan aku tidak berkesampaian untuk mengaplot Blog Team Ombak Biru. Kesempatan yang ada hari ni aku gunakan untuk mengaplot aktiviti T.O.B yang terbaru. Ini merupakan aktiviti memancing udang pada 16.7.2011 yang lalu, iaitu 11 jam selepas menjejakkan kaki di rumah setelah selama seminggu berada di Kuala Lumpur. Pelawaan rakan baik saya iaitu Mr Mituddin, terus saya sahut dengan gembira.Maklumlah sudah beberapa bulan tidak menarik udang galah sg kota klias, Beaufort. Namun oleh kerana keadaan pasang surut yang tidak cantek dimana kadar pasangnya terlalu deras mungkin menjadi penyebab udang galah kurang galak memakan umpan.Jam 2 pm aku meminta izin untuk kembali ke Jety dan Mr Mituddin terus menghantar ku ke Jety untuk balik ke KK dan beliau bersama iparnya meneruskan misi mereka memburu permata biru sg kota klias. Untuk Mr mituddin, terima kasih atas pemberian udang tempah hari, semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga akhir hayat......semoga enjoy dengan paparan K.O.B ini...terima kasih kerana melawat Blog T.O.B
UNGAH AKA SIAKAP MERAH KELAPARAN
5 years ago