TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Casting Di Rampayan Laut,Kota Belud II ( 13.4.2011 )

Seperti biasa, bila out station untuk melakukan tugas biasanya set casting tidak akan ku tinggalkan. Kesempatan selepas melakukan taklimat di sekolah-sekolah sekitar kota belud pada petang rabu lalu saya gunakan untuk menduga semula port lama yang sebelum ini pernah saya kunjungi. Ini merupakan kali kedua ku singgah untuk casting di Rampayan Laut. Bukan apa, saja mahu melepaskan gian setelah 10 hari tidak casting. Kunjungan singkat ini hanya sekitar satu jam. Semasa kunjungan rakan caster iaitu Neal sudah pun mendaratkan 2 Mj dan seekor kerapu dan tidak lama selepas tu seekor lagi Mj tewas oleh beliau. Sebelum ini beliau dan rakannyjuga telah berjaya menewaskan 4 ekor MJ di sini. Kunjungan ku kali ni tidak mengecewakan, walau pun singkat aku berjaya merasa satu serangan hendap yang hebat dan satu Mj tewas dalam masa tidak sampai setengah jam casting......sedikit gambar untuk anda...Semoga Enjoy menikmati pemandangan yang dipaparkan TQ


Kami terpaksa melalui kawasan Datuk Pendekar Amin Mulia untuk sampai ke Port kerana laluan lama sudah tidak boleh dilalui oleh kenderaan K.O.B sedang beraksi Tebing batu sepanjang sungai sejauh 500-700 meter menjadi sarang pembiakan Mj dan dikawasan inilah Neal semakin berjaya mengasah bakatnya....Tahniah Neal Bot tu Si Neal sedang beraksi Heheheheh....MJ pertama ku di Rampayan Laut Semasa baru sampai Neal sudah berjaya menaikkan Mj ke 2 beliau Ini Mj ke 3 beliau....Suksesss...... Tengoklah hasilnya.....ada Jelos....ini hasil beliau seorang saja...anak didiknya....masih perlu menuntut ilmu lagi sama Neal lagi...heheheh Semasa mahu berposing.....terjatuh, sempat juga ku luka kecil sampai hari ni masih lagi lebam
Semasa balik aku meminta rakan-rakan ku untuk keluar dari kawasan Datuk Pendikar Amin Mulia dan meminta mereka agar menunggu ku di tepi jalan, kerana aku sudah terlalu jauh untuk berpatah balik ke kawasan tanah Datuk Pendekar....tidak larat mahu jalan sudah

Mcm Man Vs Wild pula aku ni....hehehehehe


Sukur sampai sudah.....habis kotor seluar ku berlumpur