TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Casting di Kota Marudu ( 14.4.2011 )

Sehari selepas casting di Rampayan Laut, Kota Belud, aku mencuba nasib untuk casting di salah sebatang sungai di daerah Kota Marudu. Sungai ini merupakan sungai dara dan yang masih jauh dari pengetahuan kaki-kaki casting di Kota Kinabalu, hanya caster tempatan sahaja yang mengetahui tentang sungai ini. Aku bersama rakan sekerja bertolak dari hotel Marudu In tempat kami menginap sekitar jam 3.30 petang dan setelah sampai kami meminta izin dengan ayah salah seorang rakan untuk menggunakan Bot beliau. Perjalanan ke lubuk hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Teknik K.O.B sangat berkesan di sungai ni, apa tidaknya gewang selaman dalam yang digunakan dilontarkan sejauh mungkin untuk memberi peluang ia menyelam sedalam mungkin untuk menarik perhatian pemangsa. Teknik ini bukan sahaja memberi ruang kepada gewang seperti TDD atau Storm untuk menyelam lebih dalam, malah kadar serangan juga tinggi jika ia melalui kawasan pemangsa seperti MJ, kerana kadar kurauan gewang akan lebih lama. Ini bermakna kadar masa gewang menyelam atau berada didalam air untuk melalui kawasan pemangsa akan lebih lama. Semua MJ yang kami dapat di Sungai ini, semuanya menyambar gewang sejauh 25-30 kaki dari Bot. Apa yang best tentang Mj di sungai ni, MJnya belum sekolah lagi tentang gewang, tidak sampai sejam sahaja kami casting 3 ekor Mj jadi mangsa....semoga enjoy dengan paparan terbaru K.O.B...TQBot kecin ini hanya sesusai untuk 2 orang , teknik casting duduk paling sesuai, kalau berdiri, pasti kedua-dua caster akan terjun kedalam sungai.....terlampau bergoyang...Linggar dalam bahasa BruneiDengan teknik LJJ K.O.B ( Lontaran Jarak Jauh ) mengiringi kawasan tebing membuatkan aku puas melawan MJ niAli @ Nuridi baru mengenali kaedah casting, tidak sangka di sungai ini lah segalanya akan bermula selepas ini. Lesin pertama MJ kedua ini terlalu kuat, apa tidaknya gewang terkena di badannya, akibatnya apabila dipump, badannya menjadi penghalang untuk ia timbul Sehebat mana pun seseorang caster tu melontarkan gewang, pasti sekali sekala gewang akan melayang menuju pokok bakau MJ pertama berminat dengan gewang Rod Ford keramat ku

MJ kedua berminat dengan Gewang Storm kirung-kirung kadal Gold



MJ ketiga lebih berminat dengan Hot Tiger