Inilah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh K.O.B untuk tatapan pengunjung Blog T.O.B.Bolehlah dikatakan trip kali ini merupakan trip paling mengecewakan...biasanya seorang dua sahaja yang kecewa....tapi kali ini hampir kesemua geng-geng meluahkan rasa kekeciwaan akibat: 1. cuaca yang berubah disaat akhir yang mengakibatkan kami dilambung ombak setinggi 2-3 meter selama 2 malam 2 hari dah hari ketiga barulah ombak reda dan selesa memancing.2.Sauh yang sentiasa tidak melekat didasar pada kedalaman 70 meter & akibatnya kapal sentiasa tersasar dari takat.3.Suhu air terlalu sejuk mengakibatkan ikan langsung tidak mahu menjamah umpan.4.Masakan anak kapal yang begitu teruk.5.Keperluan air dari tangki utama yang tidak mencukupi untuk bilik mandi,tandas dan singki.6.Penjana kuasa elektrik yang tidak berfungsi dan ke 7 ais yang tidak mencukupi.
Pada trip ini juga Kak Nonong mengalami peristiwa misteri sekitar jam 3 pagi apabila dijenguk oleh lembaga hitam dari tingkap sewaktu terjaga dari tidur dan ini membuatkan beliau melompat terkejut.Kak Mary pula termimpi ada lembaga tidur disebelah kak Nonong pada malam yang sama dan c Habib juga bermimpi lembaga duduk di atas enjin kapal.Namun yang pasti tekong kapal sendiri juga mengalami peristiwa misteri apabila melihat cahaya merah berada dibawah hadapan kapal sewaktu memancing sekitar jam 10 malam ketika ramai pemancing sudah tidur kerana bergelap pada malam yang sama dan ini membuatkan beliau terus masuk ke caben dan berdiam diri kerana takut kami panic....
Pagi hari ketiga...barulah ikan mahu menjamah umpan kami....kecewa dan pada bulam Mei ini kami merancang untuk ke Takat 200 meter untuk menjejak rubi
Pagi hari ketiga...barulah ikan mahu menjamah umpan kami....kecewa dan pada bulam Mei ini kami merancang untuk ke Takat 200 meter untuk menjejak rubi
Kait,kait....inilah yang disuarakan oleh anak-anak kapal ketika mahu menaikkan pari ni