TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Laporan 1: Trip Ke Takat 350 :17-19 April 2010( Sekadar Tatapan Awal Pengunjung Blog T.O.B )

Brother Ahmad & Abang Asli......Brother Mat penganjur trip kali ni dan yang akan datang....
Inilah kapal yang kami sewa...Dolphin.....Selesa dengan ruang memancing yang luas...tapi hancur dari segi penyediaan makanan,sportlight tiada,penjanakuasa lampu yang tidak berfungsi sehingga lampu tidak dapat dinyalakan semuanya...hampir-hampir bergelap ,sauh pula sentiasa tidak melekat pada kedalaman 70 meter keatas kerana terlalu kecil berbanding dengan sais kapal...Tekong pula...ok

Pian,Kak Mary,K.O.B dan kak Nonong @ Lucia.Kak Mary & Kak Nonong merupakan ibu-ibu yang paling aktif memancing kelaut dalam di Sabah

Abang Sulaiman....kalau ada kelapangan mesti ikut...maklumlah jurulatih sukan negeri Sabah

Pitut...apa yang kau perhatikan kan tu....

Tenangnya laut sewaktu kami sedang melalui pulau Sepanggar....Tapi......tunggu laporan ke2

Apa yang kau pikirkan pian...Tenggiri,Tambung....Sunu ke.....heheheheh

Abang Asli juga tidak pernah ketinggalan jika ada trip....tapi kali ni anaknya tidak dapat ikut kerana ada masalah di Lahad Datu,Sabah

Kakak ni antara pemancing yang tidak pernah lupa menunaikan kewajipan walaupun di Laut....dan Kak Nonong masih lagi troma dengan peristiwa Kapal Karam di pulau Banggi tahun lepas yang mengakibatkan hampir semua saudara-mara beliau terkorban dalam nahas tersebut...al-Fatihah...semoga roh mereka dirahmati Allah

Ini lah salah satu punca kami bergelap.....Jam 7 malam,Tekong terpaksa menyelam untuk membuka lubang saluran air automatik yang tersumbat dan akhirnya jam 3 pagi ketika semua rakan-rakan sedang lena dibuai ombak,saya dan abang Ahmad yang sedang leka melayan ikan tulai terhidu bau terbakar dan melihat asap banyak keluar dari bilik enjin dan terpaksa memukul dinding kapal untuk mengejutkan tekong dan pembantunya.Nasib baik diorang mau bangun....dalam fikiran ku matilah sekali ni kapal ni terbakar...mana jacket keselamatan ni....nasib bukan terbakar.....kalau tidak.......terapung pemancing-pemancing dilautan sepi...ini antara peristiwa yang belum pernah kami lalui selama ini.....ada lagi peristiwa misteri yang akan kita kongsikan pada laporan ke2 nanti